Thursday, March 7, 2013

Lintas Langsung dari Lahat Datu




7 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menggesa kumpulan pengganas Sulu segera meletak senjata dan menyerah diri tanpa bersyarat.

PAT kata operasi akan diselesaikan segera tanpa abaikan keselamatan anggota
Musuh masih ada di Tandou kata PAT.

Ketua mereka pangkat jeneral antara ditembak mati.
Laporan lapangan kata KPN 31 musuh telah ditembak mati
5:24 PM

-KPN berkata pagi berlaku pertempuran pukul 11.30 pagi.

Malaysia cukup hormat prinsip kemanusiaan dan bertindak bila mereka bunuh polis.
4:06 PM

-Operasi teruskan hingga mereka letak senjata.


-Tidak patut sesiapa pertikai dan memandang rendah iltizam kerajaan pertahan Sabah dalam Malaysia.

-Soal Sabah sebahagian Malaysia ia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana Sabah sah sebahagian Malaysia.

-Aquino pula telefon dan tanya reaksi Jamalul Kiram mahu gencatan senjata...mereka perlu letak senjata tanpa syarat.

PM jumpa pemimpin Sulu di Tawau dan mereka berikrar kerjasama dengan kerajaan.
4:00 PM

7 Mac 3.59pm - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

7 Mac 3.29pm - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.

7 Mac - Tiga sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac, dibuka semua hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.

-Selepas tiba dengan helikopter Nuri Perdana Menteri terus ke lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.

7 Mac - Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

- Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan pengganas bersenjata di Sabah.
PM tinjau operasi di Lahad Datu -1.33pm

7 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meninjau dengan lebih dekat Op Daulat yang dilaksanakan di sini oleh pihak keselamatan ekoran pencerobohan Pengganas Sulu.

7 Mac - Kejadian tembak-menembak dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo kira-kira pukul 9.15 pagi ini.

7 Mac - Dua buah jet pejuang F-18D berlegar di udara pada pukul 7.30 pagi ini di sekitar kawasan pencerobohan di sini.

No comments:

Post a Comment