KUALA LUMPUR: Komitmen rakyat
keluar mengundi paling penting untuk mengelak penipuan kerajaan dan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah.
“Untuk mengurangkan kadar penipuan yang
kita lihat masih banyak berlaku, rakyat mesti keluar mengundi. Itu cara untuk
kurangkan penipuan jika tidak mahu hak itu diambil,” katanya ketika dihubungi.

Button-Keluar-Mengundi“Ia membuktikan
terlalu banyak isu yang belum diselesaikan oleh SPR. Ramai juga orang awam yang
mengadu mereka tidak pernah mengundi tetapi nama sudah ada dalam sistem SPR,”
katanya.
“Kita tahu sistem pilihan raya tidak
100 peratus bersih. Kita faham akan ada ‘administrative error’, tetapi
kesilapan yang menjangkau berpuluh tahun seperti isu tersebut menimbulkan
keraguan,” jelas Maria.
Menurutnya, Bersih kecewa kerana SPR
tidak bertanggungjawab menjalankan tugas, malah tidak amanah dan sukar untuk
membersihkan senarai daftar pemilih.
“Satu rumah ada beratus-ratus orang, IC
(kad pengenalan) lama digunakan semula oleh orang lain, ini semua menimbulkan
persoalan,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Bersih, Datuk
S Ambiga menyeru pengundi berdaftar yang berada di luar negara pulang ke
Malaysia untuk mengundi dan tidak menggunakan undi pos.
Katanya, ini memandangkan syarat
ditetapkan SPR bagi pengundian pos di luar negara didakwanya sangat keliru dan
meragukan.
Beliau merujuk syarat SPR mengatakan
warganegara yang pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak
kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran
Parlimen.
Peraturan itu, katanya mengelirukan dan
tidak adil bagi pengundi di luar negara.
“Syarat tersebut tidak boleh
dilaksanakan. Ia tidak adil untuk pengundi. Peraturan yang dikeluarkan tidak
lengkap. Banyak kekeliruan tentang pengundi pos,” katanya.
No comments:
Post a Comment