Azmin disiasat lebih
3 jam isu projek IC, aduan dibuat SKMM sendiri
KUALA LUMPUR 14 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed
Azmin Ali disiasat lebih tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia
Malaysia (SKMM) berkaitan sebuah video yang dimuatnaik ke youtube berjudul
‘Program Tukar ke Melayu, Project IC By Tun Dr Mahathir’.
Menurut Azmin, siasatan SKMM berhubung komen pertama di
pautan video tersebut kerana sama dengan kenyataan media yang pernah
dikeluarkannya 18 Januari lalu.
“Saya tak terlibat dalam pembikinan video dan memuat naik
video tersebut,” tegasnya kepada pemberita di depan ibu pejabat SKMM di
Cyberjaya, semalam.
Video berdurasi 55 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki
yang kelihatan seperti warga Bangladesh dikejar polis dalam sebuah operasi.
Dalam video tersebut, polis memanggil kumpulan warga
Bangladesh bukan bertujuan menangkap, tetapi untuk memberikan kad pengenalan.
Dalam pada itu, beliau berasa hairan kerana siasatan ke
atasnya berdasarkan aduan yang dibuat SKMM sendiri dan orang awam yang tidak
dinamakan.
“Bila saya minta laporan tersebut, saya dinafi maklumat,”
katanya.
Dalam pada itu jelas Azmin, kenyataannya pada 18 Januari
berhubung tegurannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba mengaitkan
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dalam isu pemberian
kewarganegaraan.
“Saya tegur Dr Mahathir supaya jangan tutup isu pokok
yang sedang berlaku dalam prosiding RCI di Sabah dengan mengheret Tunku yang
menganugerah kewarganegaraan mengikut prosedur dan ketetapan secara terbuka dan
telus.
“Yang dilakukan Dr Mahathir ialah tindakan yang banyak
timbulkan pertikaian kerana dibuat secara sulit dalam operasi khas.
“Semua ini terbongkar dalam RCI Sabah melibatkan pegawai
beliau seperti Aziz Shamsudin dan Megat Junid secara langsung.
“Ia dua perkara berbeza. Saya desak kerajaan siasat Tun
Dr Mahathir. Tapi bila saya tegur, saya pula yang disiasat,” kata Azmin.
Azmin diiringi peguam Datuk CV Prabhakaran ditanya 51
soalan dan disiasat dibawah Seksyen 255 Akta Komunikasi & Multimedia (1998)
oleh penolong pegawai siasatan, Muhammad Iqbal Ikhwandy Mat Zain. – Keadilandaily
Video disini...
No comments:
Post a Comment