Golongan lelaki yang
merasai perubahan pada bahagian dada perlu mendapatkan pemeriksaan di hospital
dengan kadar segera
kerana serangan sel barah pada mereka adalah lebih agresif berbanding wanita.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHeQvio62ZqgoeG09f1s6dIRnMxFPQ2uWFK-bKLjouHz9X8qG-LZg7WE_wJdibmnpP5dfDXmLy43kxv3voEoMfrwTFF7lorkm92Krd4tjq-IxcZJAgoc27zVNpc_JGD7r2Y2LiuuiPXrk/s280/barah.jpg)
Jelas beliau, sehingga kini
statistik menunjukkan kira-kira lima
peratus daripada kes barah yang menimpa lelaki adalah kerana barah
payudara, namun puncanya belum dapat dikenal pasti.
"Kes barah payudara
melibatkan lelaki sangat kurang atau berlaku secara random tetapi sebaik sahaja dihidapi,
serangannya berlaku sangat pantas dan boleh melibatkan organ badan lain.
"Rawatan yang akan
diberi kepada lelaki adalah sama sahaja dengan wanita iaitu melibatkan
kemoterapi, radioterapi dan lain-lain," katanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcfLjHxw7dpMSZQDN4qWOQXj4bMs6e5z2nCg3oIr8rdASTF5AG32ry4v2hpxDNC61svQ9S4ZyTOjU3Bi1CI8b3iKFYIOAmh-fWvAoPEVtvpu2jhD-Ohg8ALy3vuHvVGEdP-4HvadmoiFo/s280/barah4.jpg)
Dalam pada itu, Dr. Nik Min
menegaskan, sebanyak 60 peratus pesakit barah payudara tampil melakukan
pemeriksaan di hospital setelah penyakit mereka memasuki tahap tiga dan empat
menyebabkan rawatan menjadi semakin sukar.
"Jangan sangka kalangan
yang datang lewat ke hospital adalah dari golongan kurang berpendidikan atau
miskin sahaja, malah ia sebenarnya meliputi semua peringkat termasuk golongan profesional
dan doktor sendiri.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbzbckhAvERKY7yC8TjdqAwWlS2FryIkA8ojVtZa3tW17DjVgXrAsXi0kEPlm-pqdQ752BXXT6xYcnRsAl0t02qigPL-eHn3A5SphwhPU3-XudyjcbpBRTQL5gmdL5_Y5Cku6BMaDAxnk/s200/barah2.jpg)
Beliau berkata, walaupun
rawatan tradisional merupakan antara kaedah pilihan ramai, pesakit masih perlu
segera ke hospital kerana penyakit itu boleh dirawat sekiranya dikesan awal.
"Kedua-dua rawatan
boleh berjalan seiring dan sokongan pihak keluarga juga sangat diperlukan untuk
membantu dan memberi motivasi kepada pesakit," katanya.
source:utusan.com.my
@sesuatu yang mustahil, adakalanya tidak menjadi mustahil..
No comments:
Post a Comment