Monday, September 2, 2013

Bapa Mertua Gila seks




Apa laa nak jadi dengan orang tua gila seks ni. Pendek kata, rumah kata pergi.. kubur kata mari.. habis di trynya menenatu sendiri. Macamana jika anaknya tahu perangai bapa sendiri... alamatnya mati nanti bergolek masuk ke kubur sendiri laa jawabnya... wallahu a'lam.



Bapa mertua serakahkan menantu

Kuantan: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggunakan kaedah pelik untuk merawat menantunya yang menghidap penyakit misteri sebelum memperdaya wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan alasan berubat.

Bagaimanapun, kaedah rawatan berkenaan hanya helah bapa mentua durjana itu untuk menjadikan menantunya berusia 24 tahun sebagai pemuas nafsu serakah selama lapan bulan sebelum perbuatan terkutuknya terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, 29 Ogos lalu.

Difahamkan, episod malang menimpa wanita berkenaan bermula September tahun lalu apabila mangsa ketika itu tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah FELDA di Merapoh, Kuala Lipis, didatangi bapa mentuanya menawarkan untuk merawat penyakit.

Mangsa ketika itu baru bernikah dengan anak lelaki suspek awal September tahun lalu.

Sumber berkata, lelaki terbabit menyuruh wanita berkenaan menuruti kaedah rawatan berkenaan dengan memberikan alasan berubat, namun mangsa enggan berbuat demikian.

“Bagaimanapun, seminggu selepas kejadian itu, lelaki terbabit sekali lagi memujuk mangsa, namun kali ini dia memaklumkan perlu melakukan hubungan seks kerana ia sebahagian kaedah rawatan tradisional dipraktikkannya,” katanya.

Menurutnya, mendengar kaedah rawatan yang perlu dilaluinya itu, mangsa terkejut dan enggan mengikut arahan bapa mentuanya.

“Namun, lelaki terbabit terus memujuk mendakwa seorang biras kepada menantunya (mangsa) juga pernah melalui kaedah rawatan sama dan dia (biras) melakukan persetubuhan dengan bapa mentuanya itu.

“Selepas menceritakan perkara itu, lelaki terbabit mengajak menantunya melakukan persetubuhan dan ia berlaku selepas tiga kali warga emas berkenaan melakukan kaedah pelik itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membenarkan bapa mentuanya melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar kepercayaan mahu mengubatinya dan berlarutan sehingga Mei lalu.

Katanya, mangsa menyedari dia dijadikan hamba seks bapa mentua dan enggan lagi melayan permintaan lelaki terbabit melakukan hubungan seks setiap kali tinggal bersendirian.

Tidak tahan perlakuan bapa mentuanya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran ditemani adik-beradiknya, 29 Ogos lalu. Difahamkan, suspek melarikan diri selepas mangsa membuat laporan dan sehingga kini belum ada tangkapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

sumber dari hmetro.

Sunday, September 1, 2013

'Pelaris' kedai kopi


Wanita warga asing yang berjaya dicekup 
di sebuah kedai kopi di Pusat Bandar Puchong


PUCHONG – Dengan bayaran RM50, pengunjung sebuah kedai kopi di sini ditawarkan khidmat pelayan perhubungan pelanggan (GRO) yang dijadikan peneman minum selain untuk berpelukkan.

Difahamkan, pengusaha premis juga membenarkan pelanggan membawa pulang gadis warga asing terbabit untuk layanan ekstra sekiranya bayaran ditambah RM50 lagi.

Kegiatan tidak bermoral sejak dua tahun lalu itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan premis bertopengkan kedai makanan terbabit diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang , kelmarin.

Pegawai  D7 IPD Serdang, Inspek-tor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan dan intipan, beliau bersama lapan anggotanya melakukan pemeriksaan dan mendapati premis terletak di Jalan Bandar 10 itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Katanya, lima wanita warga Vietnam dan empat warga China berjaya dicekup ketika leka melayan pelanggan masing-masing.

Beliau berkata, wanita terbabit akan melayan pelanggan mereka sehingga mabuk dan mendapat komisen sekiranya menjual lebih banyak minuman keras.

Jelasnya, pengusaha premis bukan sahaja menawarkan minuman keras dan pelayan tetapi bertindak seperti bapa ayam sekiranya ada pelanggan yang mahu membuat hubungan seks dengan pekerja mereka.

“Jika pelanggan mahu layanan ekstra mereka kena ‘deal’ dengan pelayan dan perlu membayar sedikit caj kepada pengusaha premis untuk membawa keluar pekerja mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi, premis ini sudah beberapa kali diserbu namun pengusaha berdegil dan meneruskan operasi perniagaan haram mereka,” katanya.

Roslin berkata, seorang penjaga premis warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.

‘Ayam’ Vietnam dominasi pasaran Malaysia






KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,434 wanita daripada pelbagai negara ditahan sepanjang tahun lepas kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Daripada jumlah itu, 3,456 adalah wanita Vietnam yang dilihat cuba mendominasi kegiatan pelacuran di negara ini, kata polis.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu meningkat berbanding tangkapan tahun sebelumnya iaitu 2,196 orang, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab-kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

 
"Sikap mereka yang tidak 'demand' dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi 'idaman'. Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tips' untuk layanan hidangan air tanpa tips tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

"Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks," katanya.


 Abdul Jalil berkata selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara tahun lepas ialah wanita China (5,165); Thailand (2,009); Indonesia (1,418); Filipina (845); India (139); Myanmar (114); Uzbekistan (70); dan Kemboja (70).

Wanita negara lain yang turut terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Bangladesh; Laos; Uganda; Nigeria; Mongolia; Tajikistan; Sri Lanka; Kenya; Morocco; Kyrgyz; Iran; Singapura; Hong Kong; Russia; dan Kanada.

Beliau berkata polis melakukan 42,788 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu sebanyak 8,749 diikuti Kuala Lumpur (8,620), Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

"Polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pelacuran atau pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dan kami akan sentiasa adakan serbuan dan tangkapan," katanya. - Bernama