Tuesday, March 25, 2014

Kronologi Kehilangan MH370






Berakhir Di Samudera

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara.

Selepas 17 hari kehilangan MH370, akhirnya malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi.

Berikut adalah pengumuman yang dibuat beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan wajah dan suara sayu.

“PETANG tadi (semalam), saya diberikan penerangan oleh wakil daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang memaklumkan bahawa INMARSAT iaitu syarikat di United Kingdom yang menyediakan data satelit termasuk di Koridor Selatan dan Utara sudah melakukan kiraan lanjut mengenai data berkenaan.

Menerusi pelbagai analisis yang belum digunakan dalam siasatan sebelum ini, pihak itu mendapat petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis terbaru, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan itu adalah lokasi terakhir di tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.



Kronologi Kehilangan MH370

8 MAC

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
bagi kapal kargo.

11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

16 MAC

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Keluarga mangsa tidak dapat menahan sedih
 @Misteri MH370: Doakan yang terbaik buat mereka.  Hanya kotak hitam dapat beri jawapan. 

Friday, March 14, 2014

Akhirnya 4 Perogol Ganas Dihukum Mati


(Dari kiri) Mukesh, Vinay, Akshay dan Pawan
berdepan hukuman gantung.



New Delhi: Mahkamah di sini semalam mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan sebuah mahkamah rendah ke atas empat lelaki yang didapati bersalah merogol dan membunuh seorang wanita di dalam bas yang sedang bergerak pada 2012.

Sebuah mahkamah khas menjatuhkan hukuman itu pada September lalu dengan berkata jenayah seperti itu sangat jarang berlaku dan wajar menerima hukuman mati.

Mahkamah Tinggi Delhi mengenepikan rayuan yang difailkan tertuduh dan berkata ia bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan mahkamah rendah.

Dalam kes berkenaan, seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun pulang dari menonton wayang bersama rakannya sebelum diperdaya kumpulan lelaki itu untuk menaiki bas terbabit. Mereka kemudian memukul rakan mangsa sebelum merogol mangsa.

Mangsa juga disula dengan batang besi mengakibatkan kecederaan teruk hingga menyebabkan dia mati dua minggu kemudian.

Jenayah seksual yang kejam pada Disember 2012 itu menimbulkan kemarahan orang ramai hingga mencetuskan keganasan dan bantahan di seluruh negara. – Reuters

Ikuti berita berkaitan sini


Thursday, March 13, 2014

Suami Gila Bantu Sepupu 15 Tahun Rogol Isteri Depan Mata


Seorang suami yang telah membantu sepupunya merogol isterinya sendiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar semalam dengan pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang merupakan suami kepada mangsa berumur 19 tahun tersebut turut didakwa di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan ketakutan berlakunya kecederaan kepada mangsa untuk mengadakan persetubuhan dengan mangsa.

Sementara itu, sepupu kepada tertuduh yang berumur 15 tahun turut dituduh di mahkamah yang sama di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol isteri tertuduh. Kedua-dua mereka tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 1 Januari 2014 di kediaman tertuduh di Kg. Belat Raja, Tambun Tulang, Perlis.





Malang Berganda Si Janda Cantik




Memiliki wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan.

Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

Jom dengar luahan rasanya...




@Bak kata UAI. "Carilah calon suami atau isteri yang boleh membahagiakan kamu. Tak comel takpe... boleh tutup lampu".