Showing posts with label Bacaan Dewasa. Show all posts
Showing posts with label Bacaan Dewasa. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Suami Gila Bantu Sepupu 15 Tahun Rogol Isteri Depan Mata


Seorang suami yang telah membantu sepupunya merogol isterinya sendiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar semalam dengan pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang merupakan suami kepada mangsa berumur 19 tahun tersebut turut didakwa di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan ketakutan berlakunya kecederaan kepada mangsa untuk mengadakan persetubuhan dengan mangsa.

Sementara itu, sepupu kepada tertuduh yang berumur 15 tahun turut dituduh di mahkamah yang sama di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol isteri tertuduh. Kedua-dua mereka tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 1 Januari 2014 di kediaman tertuduh di Kg. Belat Raja, Tambun Tulang, Perlis.





Wednesday, February 26, 2014

Sepi Di Ranjang... Apa Kata Pakar Sakit Tuan




Saya menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan bagi tempoh yang lama sedangkan mereka baru berkahwin?”

Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan seks satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan.

Jika begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin sepatutnya benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam!

Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan. Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan.

Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya daripada imaginasi mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan kendiri, sedangkan kini mereka kena mengikut ragam pasangan masing-masing.

Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan terhadap anggota sulit sebenarnya lebih padat dan mendapat sentuhan, sedangkan cengkaman faraj pasangannya lembut dan tidak memberi tekanan diperlukan kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.

Pendek kata, lelaki menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas untuk melakukan persetubuhan. Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri yang turut berjinak-jinak dengan amalan onani.

Jadi suami sukar memberi kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan diri tidak dapat diberikan anggota kelamin suami. Kesudahannya, si isteri mengelak persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.

Saya pernah diberitahu seorang suami bahawa dia tidak berminat bersetubuh dengan isteri kerana farajnya berbau atau berair dan tidak mencengkam.
Ada juga suami yang mengatakan bahawa si isteri enggan mencuba posisi lain, sedangkan semua posisi yang suami ingin cuba tidak dilarang agama.

Ada juga suami yang hilang minat terhadap isteri kerana perubahan bentuk badannya iaitu gemuk dan tidak menghangatkan perasaan. Dalam keadaan tidak teruja, sukar mengadakan persetubuhan.

Ada isteri pula memberitahu, mereka kurang berminat kerana suami cepat klimaks atau ereksi tidak cukup keras dan keadaan itu menyakitkan.
Ada juga yang menyatakan ereksi suami tidak cukup padat untuk melakukan pelbagai posisi, oleh itu hubungan kelamin menjadi hambar kerana asyik melakukan satu posisi. Ada juga menyatakan suami berperut buncit manakala ereksinya terbenam.

Suami dan isteri perlu membaca catatan ini dan maklum bahawa hubungan seksual sebenarnya tanggungjawab dan tidak boleh diabaikan. Suami perlu memastikan isteri mendapat nikmat seksual yang secukupnya dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk kepada doktor atau pakar untuk rawatan.

Isteri pula perlu menjaga tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan diidamkan suami. Menurut pandangan Islam, ini sedekah dan pahalanya sangat besar. Jadi, lakukan tanggungjawab anda bersama pasangan. Jika ada yang tidak kena, maklumkan pada pasangan dan cari penyelesaian sebaiknya demi kebahagiaan rumah tangga. –hmetro.

Sunday, February 23, 2014

SPRM jumpa RM20 juta dalam...




Bisnes tertua di dunia ini ada dimana-mana, dari zaman dahulukala hinggalah ke hari ini, pendek kata selagi ada bulan dan matahari. Pelik juga bila terpampang di dada akhbar melaporkan, dalam tempoh sebulan, sebanyak 4 kali sebuah premis rumah urut berlabelkan refleksologi itu (2 in 1) telah disebu. Seramai 65 amoi telah ditahan. Serbuat untuk kali ke-5, ia masih lagi beroperasi.

Peliknya, apakah mereka tidak pernah serik dan takut kepada undang2 atau undang2 tidak takutkan mereka?.  Sepanjang tahun, beribu riban telah ditahan dan ditunjukkan jalan pulang. Jika dibuat serbuan lagi, dijamin tidak akan pulang dengan tangan kosong!. Rupanya...


SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah

Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan, seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.

"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.

Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit. Baca sini


Lihat video ini;

 


Tuesday, February 18, 2014

Muflis Kerana Suami

Foto Hiasan


Jom kita kongsi satu kisah masyarakat ini sebagai teladan.
Orang lama selalu berpesan, Jika hendak mengenali hati budi seseorang itu, tanyalah musuhnya.
 
Pakar juga berkata, kebanyakan kes rogol dari orang yang dikenali mangsa.
Dan, yang selalu kena tipu juga dari orang yang dikenali...


Muflis kerana suami

"SAYA setuju jadi isteri Jo bukan kerana dia kaya, tetapi kerana rasa ada kesesuaian antara kami. Kedua, kerana dia rajin bekerja, kalau tak tahu, dia belajar, sebab itu dia jadi kesayangan abang Su. Masa datang dari kampung masuk kumpulan agama di Sungai Pencala dulu, dia mentah tak ada kemahiran. Abang Su yang ajar dan ambil dia bekerja.

"Tetapi bila Jo beritahu dia nak kahwin, abang Su marah. Alasan abang Su, Jo perlu banyak belajar lagi. Tapi Jo berkeras mahu berkahwin juga dan kami berkahwin di perkampungan tersebut atas bantuan ahli lain. Itu cerita Suriyati ketika kami bertemu baru-baru ini.

"Ketika tidak ada duit untuk memulakan bisnes, ayah dan emak saya jadi tempat dia pinjam duit. Bukan itu sahaja, malah ayah beri pakaiannya termasuk seluar dan kasut untuk Jo pergi bekerja dan jumpa bos-bos besar di pejabat kerajaan memohon pekerjaan. Sebab dia cuma ada tiga helai jubah putih dan serban besar itu sahaja. Kasut pun cuma selipar.

"Bermula dari situlah akhirnya dia berjaya menubuhkan syarikat sendiri, dan menerima lebih banyak projek. Saya kononnya dilantik jadi Pengarah Urusan (MD), tetapi saya tak tahu apa benda pun di pejabat tu, selain tak dibenarkan datang ke pejabat, saya tak boleh telefon pejabat, apa lagi berbual dengan staf syarikat. Dia tuduh saya ganggu perjalanan syarikat.

"Kerja saya paling penting menandatangani surat syarikat yang saya tak tahu apa butirannya. Bila saya mula tercium benda yang tak betul, Jo lakukan di pejabat, saya tak mahu tandatangan surat yang disuruh. Malangnya saya dimaki dan dipukul, kerana ingkar.
"Saya bantah, sebab saya minta dia terangkan satu persatu apa yang saya tanda tangan tetapi dia enggan beritahu selain memaksa saya terus tandatangan. Saya juga pernah dipijak kerana membantah dan menolak untuk tandatangan surat yang diberikan.

"Apa yang membimbangan saya sebelum itu Jo sudah beli sebuah lagi kereta Mercedes baru, selain beberapa buah kereta yang sedia ada seperti sebuah Perdana, sebuah 4WD, dua buah Waja. Caravan pun ada, yang saya tak tahu apa gunanya. Saya cuma diberikan sebuah Kelisa untuk menghantar dan mengambil anak sekolah. "Lebih membimbangkan saya, mana dia dapat duit begitu banyak membeli kereta mewah tersebut? Lagi pun ada beberapa buah kereta tersebut belum pun habis dibayar ansurannya. Selain itu Jo beli sebuah banglo daripada orang yang didakwa telah menjual kepadanya. Sebelum itu dia ada sebuah kondo, semuanya terletak di Damansara Damai. Jo mendakwa memiliki harta berjumlah lebih RM5 juta dan dia layak membuat pinjaman.

"Saya pelik mengapa Jo buat banyak hutang. Akhirnya, persoalan saya terjawab apabila seorang kakitangan Jo, bernama Ikin telefon beritahu Jo telah berkahwin dan ada seorang anak. Katanya, dia beritahu sebab kasihankan saya. Tetapi menurut seorang staf lain, sebenarnya Ikin buka rahsia Jo sebab marahkan Jo tak jadi kahwin dengannya.

"Bila rahsia terbongkar, saya tanya Jo apakah benar dia sudah berkahwin, Jo tak nafikan malah mahu ceraikan saya. Beberapa bulan kemudian kerana saya buat aduan di mahkamah syariah, maka dia berjanji di mahkamah syariah akan beri saya nafkah anak RM3,000 sebulan untuk tiga anak selain mutaah saya RM13,000 untuk 13 tahun kami berkahwin.

"Tak lama kemudian saya dapat tahu syarikat Jo tenat. Dia kena tipu melibatkan jumlah ratusan ribu oleh orang kepercayaannya. Ada janji nak dapatkan gelaran Datuk, janji nak bagi kontrak besar, tetapi semua itu bohong. Duit yang dilabur habis, kawan pun hilang. Akhirnya beberapa orang kakitangan jadi mangsa terpaksa diberhentikan kerana syarikat semakin tenat dan tunggu masa gulung tikar.

"Selepas diceraikan dan tak dapat nafkah, saya terpaksa bekerja jadi tukang cuci pejabat semata-mata untuk mendapatkan sedikit wang untuk makan dan belanja sekolah anak. Di sebelah malam saya jadi tukang masak di gerai. Begitulah perjalanan hidup saya yang amat susah selama 4 tahun sebelum saya mendapat satu berita mengejutkan tahun lalu.

"Saya dapat tahu saya telah muflis. Saya pergi ke Pejabat Insolvensi untuk serah diri atas nasihat kawan. Pegawai itu mengesahkan saya dan bekas suami ada berhutang sejumlah RM1.4 juta dan beliau arahkan saya bayar RM1,500 sebulan. Dia tak percaya saya tak ada duit. Malah untuk teruskan hidup saya terpaksa memohon bantuan zakat.

"Oleh kerana saya dapat RM200 daripada zakat, pegawai itu desak saya bayar RM100 sebulan. Pegawai itu beritahu saya jadi penjamin pinjaman bekas suami dari CGC sebanyak RM1.4 juta. Walaupun saya beritahu tak tahu tentang pinjaman tersebut tetapi mereka tetap desak suruh bayar, dan meminta saya mencari di mana suami saya tinggal sama ada di negeri ini atau keluar negeri supaya bayar hutang.

"Saya kesal dengan perbuatan Jo, dia hidup senang dapat berjuta ringgit, ada rumah dan kereta, tetapi mengapa saya pula yang kena bayar hutang. Saya cadangkan pihak bank atau CGC tubuhkan unit khas lengkap dengan pegawai mereka seperti detektif untuk cari orang yang berhutang, supaya mereka boleh segera bayar hutang. Mungkin bank atau CGC boleh bertindak lelong harta benda mereka untuk dapatkan duit mereka semula. Bukannya cari jalan mudah dengan memufliskan penjamin dan suruh penjamin bayar hutang. Mengapa penjamin seperti saya jadi korban untuk kesenangan orang lain? Bukan saya yang hidup senang dengan duit penipuan mereka. Ini tidak adil.

Demikian keluh Suriyati tentang masalahnya jadi muflis, sedangkan dia ingin membuat pinjaman untuk berniaga makanan dekat rumahnya. Katanya dia perlu kerja keras kerana dia ada anak yang perlu ditanggung dan diberi makan pakai selain belanja persekolahannya.

Dipetik dari artikal utusan.

Tuesday, February 11, 2014

Isteri Lari Ikut Jantan Lain




Mana-mana lelaki sekalipun akan rasa seolah terkena tempias Taufan Haiyan atau letupan gunung berapi Sinabung bila si isteri buat perangai gini.

Kita percaya, suami sumpah tidak akan cari lain jika isterinya pandai melayan luar dalam. Masa di rumah akan lebih banyak dari melepak kat kedai kopi, tengok bola sampai sekerat pagi.

Kita juga percaya si isteri juga tidak akan cari laki lain jika diberikan cukup dua benda. Apa benda tu?. Lelaki jangan nak poyo sangat... orang kata jangan berlunjur sebelum duduk. Cuba lihat setengah pasangan lain, walaupun suami tak berapa nak manco, tak berapa nak mewah, pergi kerja pun naik kapcai jer, tapi dia bagi cukup dua benda tu. 

Benda yang paling bermakna itu nombor satu, beras dan nombor dua keras!
Faham ke tak ni? Kalau tak faham juga... pergi hantuk kepala kat tiang! adus...

Berita sadis...

Aku ‘Dimadu’ Isteri

Kuala Lumpur: Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).

Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis.

Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.

“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.

“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.