(Dari kiri) Mukesh, Vinay, Akshay dan Pawan berdepan hukuman gantung.
New Delhi: Mahkamah di sini semalam mengekalkan hukuman
mati yang dijatuhkan sebuah mahkamah rendah ke atas empat lelaki yang didapati
bersalah merogol dan membunuh seorang wanita di dalam bas yang sedang bergerak
pada 2012.
Sebuah mahkamah khas menjatuhkan hukuman itu pada
September lalu dengan berkata jenayah seperti itu sangat jarang berlaku dan
wajar menerima hukuman mati.
Mahkamah Tinggi Delhi mengenepikan rayuan yang difailkan
tertuduh dan berkata ia bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan mahkamah
rendah.
Dalam kes berkenaan, seorang pelajar perubatan berusia 23
tahun pulang dari menonton wayang bersama rakannya sebelum diperdaya kumpulan
lelaki itu untuk menaiki bas terbabit. Mereka kemudian memukul rakan mangsa sebelum
merogol mangsa.
Mangsa juga disula dengan batang besi mengakibatkan
kecederaan teruk hingga menyebabkan dia mati dua minggu kemudian.
Jenayah seksual yang kejam pada Disember 2012 itu
menimbulkan kemarahan orang ramai hingga mencetuskan keganasan dan bantahan di
seluruh negara. – Reuters
Seorang suami yang telah membantu sepupunya merogol
isterinya sendiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar semalam dengan
pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376
Kanun Keseksaan.
Tertuduh yang merupakan suami kepada mangsa berumur 19
tahun tersebut turut didakwa di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan kerana telah
menyebabkan ketakutan berlakunya kecederaan kepada mangsa untuk mengadakan
persetubuhan dengan mangsa.
Sementara itu, sepupu kepada tertuduh yang berumur 15
tahun turut dituduh di mahkamah yang sama di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol isteri tertuduh. Kedua-dua mereka tidak mengaku salah dan minta
dibicarakan.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 1 Januari 2014 di
kediaman tertuduh di Kg. Belat Raja, Tambun Tulang, Perlis.
Kuala Terengganu: Seorang lelaki layak digelar gila talak
apabila bukan saja tergamak mengugut mahu membunuh bekas isterinya, tetapi
turut merogol mangsa dalam kejadian di Pengadang Baru, di sini, semalam.
Suspek berusia 40-an itu turut bertindak mengikat sebelum
memukul bekas isterinya selepas puas melepaskan nafsu serakah dalam kejadian
kira-kira jam 1 pagi.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 34
tahun sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi suspek yang turut membawa
sebilah pisau.
“Sebaik menghampiri mangsa, suspek terus meletakkan pisau
berkenaan di lehernya sebelum menampar selain mengugut akan membunuh bekas
isterinya itu sekiranya dia enggan melakukan hubungan seks dengannya.
“Mangsa yang tidak mampu melawan selain takut dengan
ugutan suspek hanya mampu membiarkan bekas suaminya merogolnya.
“Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek tidak berakhir
di situ apabila dia bertindak mengikat kaki bekas isterinya sebelum membelasah
wanita itu menyebabkan mangsa sakit di seluruh badan,” katanya.
Sumber berkata, sejurus kejadian itu, suspek tanpa rasa
bersalah meninggalkan mangsa yang dalam kesakitan. Katanya, mangsa yang
bimbangkan keselamatannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga,
di sini, untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, pasangan berkenaan bercerai pada Oktober
tahun lalu dan mempunyai empat anak. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan
ada menerima laporan kejadian berkenaan dan usaha memburu suspek sedang
dijalankan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana
merogol. hmetro.
Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang
dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam
tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan
berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa
lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.
Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan
di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu
menuntut ganti rugi. Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki
kelainan seks.
“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh
menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.
AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan
mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika
itu dirawat di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar
mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi
terhadap kematian ayam mereka. - Agensi
Seorang Guru Bahasa Inggeris ditangkap kerana melakukan
hubungan seks dengan pelajar lelaki .
Altice, 34, seorang guru di Sekolah Tinggi Davis di
Kaysville, Utah, ditahan polis penyiasat atas tuduhan aktiviti seksual. Beliau
didakwa telah mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 17
tahun sebanyak 7 kali.
Budak berusia 17 tahun seorang pelajar di Davis High
School itu mengaku kepada penyiasat, bahawa beliau telah mengadakan hubungan
seks dengan Altice sekurang-kurangnya 7 kali antara bulan Januari 2012 dan
Oktober 2013, menurut laporan Penjara Davis County.
5 pertemuan berlaku di rumah Altice di Selatan Weber, 2
di Kaysville, termasuk satu di taman, laporan Deseret News. Hasil siasatan,
beliau mampu untuk menggambarkan dengan tepat tatu di badannya dan susun atur
rumahnya.
Guru itu telah digantung tugas sementara menunggu hasil
siasatan. Altice adalah guru ke-4 yang menghadapi tuduhan menyalahgunakan
kanak-kanak untuk tujuan seksual di Utah.
Peringatan buat anak dara
yang masih ada dara. Ambil iktibar dari sejarah ini. Awas dengan lelaki yang
cuba memancing untuk keluar berdating buat pertama kali dan seterusnya. Mengikut
kajian, kebanyakannya 80 peratus kes rogol berlaku oleh orang yang dikenali. Beringat-ingatlah
sebelum nasi menjadi bubur.
Apa ada dalam kepala
lelaki bila bersama anak dara orang?
1] Tidak akan diajak keluar
jika tidak tunjukkan minat. Mesti nak try punya.
2] Berusaha sedaya upaya
untuk merobek permata yang hanya satu-satunya mereka ada. Berenang lautan api
pun sangguplah sangat kononnya.
3] Awas dengan ayat-ayar
power yang boleh tergoda.
4] Mereka kuat kerana
Syaitan bersamanya.
5] Menghilangkan diri telah
dapat yang diidamkan...akhirnya siapa yang merana? huhu.
Mangsa Rogol
MARANG - Selepas menjadi mangsa rogol kira-kira tiga bulan lalu, seorang
remaja berusia 19 tahun kini hidup menderita, sering menyendiri dan hilang
keyakinan.
Lebih malang, dia menggigil ketakutan apabila didekati mana-mana lelaki
biarpun hanya rakan sekerja.
Disebabkan trauma, mangsa yang merupakan seorang jurujual di sebuah pasar
raya di Bandaraya Kuala Terengganu lebih selesa mengasingkan diri daripada
rakan serumahnya kerana bimbang kejadian menimpanya diketahui ramai.
Rhana (bukan nama sebenar) dari Hulu Terengganu mendakwa, dia dirogol awal
pagi pada 25 Ogos lalu oleh seorang lelaki yang dikenalinya sejak setahun lalu
selepas keluar bersama.
Kata Rhana, dia tidak menyangka lelaki yang dianggap baik itu sanggup
melakukan perbuatan terkutuk setelah berjaya memujuknya untuk ke sebuah rumah
di Bukit Payung di sini.
Menurutnya, akibat cetek pengalaman dia terperangkap dan akhirnya rebah
dengan pujuk rayu lelaki terbabit yang hanya dianggap sebagai kawan biasa.
“Sebelum itu, kami tak pernah keluar bersama, hanya berhubungan melalui SMS
walaupun mengenali sejak setahun lalu.
“Saya takut dan tak biasa buat begitu (keluar dengan lelaki) tambahan
tinggal menyewa dengan kawan-kawan di Kuala Terengganu,” katanya.
Kata Rhana, dia amat kesal menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar minum
pada hari kejadian.
Kejadian itu menghantui hidupnya sehingga tidurnya terganggu.
“Saya masih ingat bagaimana lelaki itu mengugut saya ketika berada di
sebuah rumah sebelum bertindak merogol saya,” katanya.
Setiap kali teringatkan reaksi lelaki itu ketika menghantarnya pulang ke
Kuala Terengganggu pada hari sama, kemarahannya mula membuak-buak.
“Saya sedih dan marah melihat lagak lelaki terbabit yang bersahaja seperti
tiada apa-apa yang berlaku ketika dia menghantar saya pulang.
“Saya tak tahu hendak buat apa, hanya fikir nasib diri serta tragedi
menimpa saya. Selepas berkongsi kisah dengan dua rakan, saya dinasihatkan agar
beritahu ahli keluarga dan saya akhirnya beritahu kakak,” katanya.
Katanya, selepas kejadian diketahui kakaknya, dia kemudian membuat laporan
di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 2.05 petang sebelum kes tersebut
disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.
Bagaimanapun, kata Rhana, dia terpaksa menarik balik laporan dibuat apabila
memikirkan perasaan kedua ibu bapanya yang sudah tentu akan menanggung malu dan
terkejut.
“Nasihat saya kepada rakan, belajarlah daripada pengalaman orang lain
kerana dengan cara itu ia dapat membantu kita menjaga maruah diri dan tidak
mudah diperdayakan,” katanya. –sinarharian