Showing posts with label Edisi Kantoi. Show all posts
Showing posts with label Edisi Kantoi. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Papagomo Diarah Bayar Anwar RM800,000



 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris ialah Papagomo (gambar, kanan) dan didapati memfitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000.

Wan Mohd Azri yang hadir di mahkamah hari ini, masih menafikan beliau ialah Papagomo.

@ Kan dah kantoi! Mana anak cari duit sebanyak RM130 ribu?. Dan Apa pula ‘chemistry’ dengan orang sebelah sinun?

Agama Islam melarang umatnya membuka keaiban orang lain, atau diumpama memakan bangkai.

Allah berfirman;

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. – [Surah Al-Hujarat: 12]

Ikuti cerita berkaitan sini


Sunday, January 26, 2014

Nafsu Songsang Dah Berleluasa




Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.

Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.

“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.

@Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Wallahu a’lam.

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasaraya
* Asap dari bumi - Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ?
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat - Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya



Denda jadi ‘lembu’ tak siap kerja rumah




MUHAMMAD Nasvinder Muhammad Amit (kanan) dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith yang dihukum secara melampau oleh guru Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak, baru-baru ini. (gambar).

Leher digantung 10 biji loceng, disuakan dengan rumput untuk dimakan dan diejek dengan panggilan lembu oleh murid lain serta guru.

Itu detik memalukan terpaksa dilalui dua murid Tahun Empat sepanjang sesi persekolahan di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di sini, Khamis lalu, disebabkan tidak menyiapkan ‘kerja rumah’ mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Turut dirotan guru

Lebih menyedihkan, selain turut dirotan, dua kanak-kanak berusia 10 tahun itu tidak dibenarkan pulang ke rumah sebaik tamat sesi persekolahan pada jam 1.30 tengah hari, sebaliknya diminta menyudahkan tugasan yang belum disiapkan di sekolah sehingga jam 4 petang, tanpa menjamah sebarang makanan.

Anehnya, dua murid lain bukan beragama Islam yang juga tidak menyiapkan tugasan sekolah berkenaan dilepaskan daripada sebarang hukuman atas alasan ‘masalah kesihatan.’

Guru Bahasa Inggeris berusia 20-an, turut didakwa melontarkan kata-kata ‘lembu tidak buat kerja rumah, mesti kena makan rumput,’ manakala guru lain yang masuk ke kelas itu pula berkata ‘sejak bila dalam kelas ini ada dua ekor lembu,’ rakan sekelas mengejek mereka dengan panggilan lembu.

Kesal dengan perbuatan itu, ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan, membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai pada jam 1.20 tengah hari, kelmarin.

Ibu kepada seorang kanak-kanak terbabit, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu rakan anaknya bahawa guru terbabit turut mengambil gambar mereka berdua memakai loceng menggunakan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar itu kepada murid di kelas lain, sambil mengugut akan memuat naik gambar itu dalam Facebook.

“Akibat kejadian itu, anak saya fobia ke sekolah semalam. Saya kecewa, sedih dan sakit hati anak saya diperlakukan seperti itu,” katanya ketika ditemui di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai, di sini, semalam.

Seorang daripada murid yang turut menyertai pertemuan itu bagaimanapun mengakui mereka tidak makan rumput yang diberikan tetapi diberi amaran supaya tidak membuka loceng yang digantung di leher sehingga jam 1.30 tengah hari, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali.


Guru tak ikhlas mohon maaf

Ibu kepada seorang lagi kanak-kanak, Siti Aisyah Hashim, 32, berkata dalam pertemuan dengan guru terbabit dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai, petang kelmarin, guru berkenaan memohon maaf, tetapi seperti tidak ikhlas. Pertemuan itu turut dihadiri dua wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang.

Bapa saudara kepada seorang murid terbabit, Muktasis Hashim, 28, berkata guru itu menyatakan dua murid lain tidak dihukum kerana ada perakuan masalah kesihatan.

“Saya katakan kepadanya anak saudara saya pun ada surat doktor berkaitan asma, dia hanya diam,” katanya. Lapor bharian.

@mungkin guru ini ada masalah mental atau bergaduh dengan bf kot!

Thursday, December 26, 2013

Padah Buat Lucah Guna Skype




Kota Bharu: Akibat melakukan onani sambil menunjukkannya kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi panggilan video Skype, seorang pelajar lelaki sebuah kolej, di sini, menanggung malu apabila aksinya itu dimuat naik di YouTube peribadi wanita terbabit sebelum diugut menyerahkan wang sebanyak RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadamkan dan tidak disebarkan....
Baca lanjut di sini.


@Menggunakan Laman sosial ada kalanya...
1] Mendatangkan manfaat kepada orang lain;
2] Tempat mengutuk dan menabur fitnah juga buat dosa kering;
3] Berkongsi pengalaman cerita suka-duka;
4] Cuba mengaibkan orang lain;
5] Tempat cari mangsa untuk menipu;
6] Tonjolkan diri sebagai tidak cerdik;
7] Saja suka-suka, hilangkan boring....

Maka terpulanglah bagaimana ia digunakan. Kerana jari tak bermata. Huhu.

Sunday, December 22, 2013

Akibat Nasi Kangkang



Nasi. Makanan Ruji Rakyat Malaysia


Beringat Dulu sebelum bertindak...

Sebelum ‘terlajak’ mengenakan ilmu hitam kepada suami, ikuti dulu pengalaman yang diceritakan oleh seorang Ustaz pengamal Pengubatan Rawatan Islam. Kisah isteri mengenakan Nasi Tangkas atau Nasi Kangakang kepada suaminya. Tindakan seorang isteri memberi makanan kotor dengan memasukkan kotoran darah haid bercampur air mani yang menitik dalam periuk nasi hasil pengewapan yang masih berasap dicelah kangkang sambil membaca mentera.  

Akhirnya...

“Kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding. Keadaannya sangat menyedihkan, wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Bau yang agak busuk dari alat sulit yang keluar lendir bercampur nanah. Apabila saat mengahadapi sakaratul maut, sering meracau2 sambil memohon keampunan pada suaminya. Ditambah lagi dengan dosa berzina dengan 3 orang lain”.


@Nasihat kita JANGAN KITA AMBIL SYAITAN MENJADI PENOLONG KITA !!!. Jangan sesekali percaya pada KHADAM atau PENDAMPING !!!. Jangan BERJANJI DENGAN SYAITAN, BILA MEREKA MEMBERI KITA SEDIKIT HARTA !!!!. Kalau tak dapat kita, isteri, anak, cucu dan keturuanan kita di kerjakannya. Jin Saka hidupnya lama, sekurang kurang umur nya 1000 tahun atau lebih. Bermakna anak anak anda, cucu-cicit anda TIDAK SELAMAT !!!. Kebiasaannya 7 keturunan anda dalam “target” mereka !!!. Andaian kita, Manusia hidup 100 tahun (lebih kurang )…7 keturunan 700 tahun. Jin Saka hidup 1000 tahun, sekali hidup!. Mereka bolih bermohon kepada Allah swt, 1 kali lagi Untuk Muda Semula….jadi mereka bolih berumur setua 1800 tahun atau 2000 tahun !!!.