Showing posts with label Alam Misteri. Show all posts
Showing posts with label Alam Misteri. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

MH370 masih gagal dikesan




KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran bagi mengesan kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang memasuki hari kelima, setakat ini masih gagal menemui sebarang petunjuk berkaitan pesawat yang membawa 239 orang itu.
   
Misi SAR bagi mengesan pesawat Boeing B777-200ER yang hilang dari skrin radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan itu, diperluas ke barat daya semenanjung sehingga perairan Selat Melaka.
   
Setakat ini, jumlah aset yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat meningkat kepada 42 kapal laut dan 35 pesawat dari Angkatan Tentera Malaysia serta angkatan tentera asing dari negara China, Amerika Syarikat, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, New Zealand dan Australia.
   
Malaysia menggerakkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain sembilan kapal laut iaitu enam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta tiga dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
   
Qatar turut menawarkan bantuan kepada Malaysia bagi mengesan pesawat itu yang hilang sejak awal pagi Sabtu.

Selain itu, Persatuan Nelayan Kuala Kedah menggunakan peralatan teknologi sonar yang terdapat dalam bot mereka bagi membantu mengesan pesawat milik MAS itu atau objek berkaitan dalam laut.
   
Lebih 30 bot nelayan yang beroperasi di zon C dan C2 Selat Melaka di Kedah dan Perlis diminta membantu mengesan pesawat itu, kata Timbalan Pengurus Besar persatuan itu Mohd Sam Mohd Zuki.
   
Beliau berkata selain Sistem Kedudukan Global (GPS), peralatan sonar yang mampu mengesan objek di dasar laut juga boleh mengesan haba atau tindak balas arus udara panas pesawat berkenaan.
   
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapa, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
   
Pesawat itu dilapor hilang pada kira-kira 1.30 pagi ketika terbang merentasi Laut China Selatan di antara pantai timur Malaysia dan pantai bahagian selatan Vietnam.

Perkara ini turut disokong laporan polis beberapa penduduk di kawasan pantai timur yang mendakwa mereka ternampak cahaya daripada lampu besar dan sebuah pesawat terbang dianggar pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut di Kota Baharu, Kelantan.
   
Hari ini lapan penduduk kampung di pesisir pantai Terengganu membuat laporan polis mendakwa mereka terdengar bunyi kuat pada Sabtu lepas dari arah Pulau Kapas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hekhilangan pesawat berkenaan.
   
Bagaimanapun pihak berkuasa operasi SAR gagal menjumpai sebarang petanda yang menunjukkan pesawat itu berada di perairan Laut China Selatan.
   
Indikasi bahawa penerbangan MH370 mungkin berpatah balik setakat ini menyebabkan operasi SAR diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.
   
MAS telahpun menolak kemungkinan bahawa isu teknikal adalah punca kehilangan misteri MH370 kerana pesawat berusia 11 itu diselenggara 10 hari sebelum insiden berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa Vietnam berikrar akan terus berusaha mengesan pesawat terbabit dan memperluas lokasi pencarian.
   
Timbalan Komander Tentera Udara Vietnam Do Minh Tuan juga berkata Singapura akan menyertai pencarian dalam laut esok dari Ca Mau sehingga selatan Pulau Con Son.
   
"Kami tidak akan berhenti mencari sehingga menemui sesuatu kerana kami mempunyai tanggungjawab di peringkat antarabangsa," katanya.
   
China pula melahirkan rasa puas hati dengan usaha kerajaan Malaysia mencari pesawat yang membawa penumpang terbanyak dari negara itu setakat ini.
   
Duta China ke Malaysia Dr Huang Hukiang berkata meskipun terdapat kritikan daripada pihak berkuasa dan anggota keluarga mangsa di negara itu berhubung  kelewatan dalam kes ini, namun perkara itu sudah diperjelas kepada mereka. – Bernama


Gambar detik akhir penumpang pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing




Till we meet again .. soon. insyaAllah .. mak with her one and only son -  with Sofuan Ibrahim at KLIA 2 International Depature Hall"


Atas adalah gambar yang cukup menyentuh hati yang disiarkan menerusi laman sosial dimana sebelum seorang penumpang bertolak mengikuti penerbangan MH370 pada 12.40 pagi 8 Mac 2014.

Amat menyedihkan apabila  ibunya memakai baju, tudung dan beg tangan yang sama ketika menghantar anak lelaki tunggalnya ke Lapangan Terbang   KLIA 2 semasa bertolak ke Beijing dan ke KLIA juga untuk mendapat maklum berita terkini.

Dalam gembira bertukar duka sekelip mata. 
Doakan yang terbaik buat MH730

Misteri MH730 - Ada Yang Tidak Kena?



Tanpa sebarang petunjuk jelas, tiada siapa yang mengetahui di mana lokasi Boeing 777-200 MH370 meskipun pesawat terbabit mempunyai antara kelengkapan tercanggih di dunia.

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 pagi Sabtu lalu ke Beijing membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal dan dua bayi. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing jam 6.30 pagi Sabtu dengan membawa 14 kerakyatan.

Masing-masing 152 penumpang dari China; Malaysia (38); Indonesia (12); Australia (7); Perancis (3); Amerika Syarikat (4); New Zealand (2); Ukraine (2); Kanada (2) dan masing-masing seorang dari Rusia; Itali; Taiwan; Belanda dan Austria. Kedua-dua bayi berasal dari China dan Amerika Syarikat.

Pesawat dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dengan pegawai pertama, Fariq Ab Hamid, 27, yang kali terakhir dikesan di Latitud 065515 Utara dan Logitud 103443 Timur iaitu kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan.

Dari aspek komunikasi, timbul persoalan bagaimana pesawat secanggih itu gagal menghantar isyarat walau sedetik dan hilang begitu saja.

Pesawat Boeing 777-200 dikenali sebagai antara pesawat paling selamat dengan hanya dua kejadian berlaku membabitkan Asiana Air­lines dan British Airways.

Asiana Airlines terbabit dalam satu kejadian di San Francisco, Amerika Syarikat dan menyebabkan tiga individu terkorban manakala British Airways pula terlajak di landasan ketika mendarat, namun tiada kemala­ngan jiwa berlaku.

Oleh itu, kejadian Malaysia Airlines MH370 agak mengejutkan ramai orang dan meninggalkan misteri yang sangat besar.

Agak mustahil bagi sebuah pesawat hilang begitu saja tanpa sebarang amaran seperti ‘mayday’ atau ‘pan pan pan’.

Selain itu, pesawat Boeing 777 dilengkapi dengan sistem komunikasi yang canggih seperti radio VHF memung­kinkan komunikasi radio sehingga 402 kilometer (km) selain HF yang mampu berkomunikasi sehingga 1609km.

Malah, teknologi komunikasi yang disediakan termasuk Controller Pilot Data Link Communication (CPDLC).

CPDLC menyediakan komunikasi data udara-darat untuk perkhidmatan termasuk satu set elemen mesej pelepasan, maklumat atau permintaan yang sesuai dengan ayat yang digunakan dalam prosedur kawalan suara trafik udara.

Mesin ini disediakan dengan keupayaan untuk mengeluarkan tahap tugasan, perubahan laluan, kelajuan dan tugasan frekuensi radio.

Walau bagaimanapun, menjadi misteri apabila pesawat MH370 tidak mengeluarkan sebarang panggilan kecemasan terutama pesawat Boeing 777 dilengkapi dengan CPDLC.

Marilah kita mendoakan segala yang baik bagi pesawat MH370!
Walaubagaimana canggihpun teknologi ciptaan manusia, tidak mampu menandingi zat yang maha pencipta. Firman Allah dalam surah Yaasin: ayat 41-44.


Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat; (41) Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. (42) Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan; (43) Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. (44)


Tuesday, January 28, 2014

Bersahabat dengan Harimau




MALANG, Indonesia - Abdullah Sholeh, 33, mula bersahabat dengan seekor harimau Benggala, Mulan sejak ia berusia tiga bulan di kampung Dilem, timur Jawa di sini," lapor akhbar MailOnline.

Penjaga Mulan, Noer Muhammad Sholeh, 51, meminta Abdullah untuk menjaga harimau itu ketika ia berumur tiga bulan. Sejak dari itu, Abdullah sentiasa tidur, bermain, dan bergurau dengan harimau tersebut.

Pasangan itu tidak boleh dipisahkan sehinggakan Abdullah sering tidak tidur di katilnya semata-mata mahu tidur di sebelah kandang harimau peliharaannya. Mulan kini seberat 178 kilogram dengan panjang tiga meter termasuk ekor serta setinggi satu meter.

Bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, penduduk kampung terpaksa memasang palang-palang besi untuk memisahkan pasangan tersebut apabila mereka berada bersama di dalam kandang.

Mulan makan sebanyak enam kilogram daging ayam atau kambing sebanyak dua kali sehari. - Agensi

Sunday, January 26, 2014

Nafsu Songsang Dah Berleluasa




Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.

Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.

“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.

@Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Wallahu a’lam.

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasaraya
* Asap dari bumi - Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ?
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat - Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya