Tuesday, December 31, 2013

Sambutan Ambang 2014: Gandingan Ustaz Azhar-Shiro, Ustaz Haslin-Sepahtu





KUALA LUMPUR: Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.

Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.


“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.

“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,” kata Dr Halimah.

Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia Tegar, pengacara David Teoh, pelawak Sathiya dan pelakon Diana Amir.

Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.

Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, youtube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.

Sumber: Selangorku.com 




@Pepatah Arab ada mengatakan tentang pemilihan sahabat atau kawan.
...Jika kita berkawan dengan seorang tukang besi, lambat laun baju kita akan terbakar disambar percikan apinya dan jika kita berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, nescaya kita akan terpercik juga bau wangiannya.

Jom Kita Berubah! Untuk esok yang lebih baik pada hari ini..
Selamat tinggal pada dunia Maksiat! Jika tersasar jauh, maka kembalilah ke pangkal jalan.

Wallahu a’alam.

Bangga Miliki Punggung Besar, XXXXXXXXXXL !!



Bangga kerana memiliki punggung yang bersaiz 10 XL. Itu harta berharga yang Sarah ada. Bagi aku Sarah banyak kelebihannya. Sekurang-kurangnaya beliau ada secret weapon. Awas pada yang cuba terfikir nak merogolnya. Anda cuma ada dua pilihan saja. Buat di duduknya atas muka... kalau tak koma, nazak terus...huhu.   

Lihat Video di bawah;

Chicago: Seorang wanita yang juga ibu dua anak, Sarah Massey, 33, mengakui pernah menyebabkan mangkuk tandas pecah selepas duduk di atasnya. Sarah yang berasal dari Chicago dan mencatat rekod dengan garis pusat pinggul sepanjang 213 sentimeter kadangkala tidak muat untuk memasuki pintu bangunan atau pasar raya.

Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236 (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak.


“Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk. “Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan.

“Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya. Sarah berkata, kini dia juga tidak segan untuk tampil melakukan sesi fotografi kepada peminat yang meminati susuk tubuh wanita bersaiz besar.

Selepas menemui komuniti jejaka di Internet yang menghargai saiz tubuhnya, Sarah berkata, dia tidak pernah kekurangan peminat. “Semuanya bermula apabila saya mengambil gambar untuk satu sesi penurunan berat badan. Seorang rakan yang juga jurugambar kemudian memuat naik foto saya di Facebook. “Terdapat ramai pengikut yang gemarkan foto saya dan rakan saya itu kemudian tampil dengan idea untuk menghasilkan gambar model yang bertubuh besar. Semua foto saya mendapat sambutan hangat,” katanya. Walaupun Sarah selesa dengan bentuk tubuhnya, tetapi memenuhkan almari pakaiannya memakan perbelanjaan yang tinggi.


“Disebabkan saiz tubuh saya yang besar, sukar untuk saya membeli pakaian di kedai biasa. Bahagian atas tubuh saya bersaiz 7 kali XL, manakala bahagian bawah 10 kali XL, jadi saya terpaksa menempah pakaian khusus. Kebanyakan pakaian saya dibeli secara dalam talian kerana terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian untuk individu dengan saiz tubuh terlebih besar. “Pakaian bersaiz besar sangat mahal, jadi saya perlu membelanjakan kira-kira AS$659 (RM2,171) setiap bulan untuk membeli pakaian,” katanya. – AFP




Monday, December 30, 2013

Mengapa Islam Mengharamkan Seks Ketika Haid?




Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya;


Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata,

“Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIVmeningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan ke-Sebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari).

Wallahu a'lam.

Dara Untuk DiLelong! | Virgin For Sale!



CATARINA


Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online. Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP

Jika ada ayang ingin membuat tawaran, lihat dulu foto SlideShow yang dipetik dari Lebai Google apa keistimewaan yang beliau ada. Ingatan dari aku, Hubungan perakahwinan itu lebih mulia dan afdal dari menghampiri zina!