Cikgu Lizah Yang Nampak Sopan.. |
AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya
yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam
atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.
Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat,
27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan
yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.
Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa
bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah
rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16
November 2013.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan
Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun
atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak
ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah,
namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.
Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah
wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya
yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya
dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.
Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian
membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan
dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan
sekali.
Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada
23 Januari 2014. -sinarharian.
Ini cerita dari Melaka Juga... Suka Seks
Ini cerita dari Melaka Juga... Suka Seks
No comments:
Post a Comment