Thursday, December 5, 2013

Ajaib !!! Gambar Seperti Hidup Dilukis Menggunakan iPad



Dilihat seperti gambar hidup. Ia kelihatan seperti potret sebenar Morgan Freeman, seorang artis veteran di Hollywood. Tapi  sebenarnya adalah satu lukisan yang dicipta dengan jari hanya menggunakan iPad.

Ramai masih tidak percaya, seorang artis dari British yang bertanggungjawab, Kyle Lambert, 26, telah menghasilkan sebuah video untuk membuktikan hasil kerja beliau dan telah dilihat oleh hampir empat juta orang di YouTube.

Lihat gambar di bawah, perhati dan cuba bezakan yang mana satukah diantara lukisan dan foto sebenar?

Lukisan dari ipad (kiri), foto sebenar (kanan)
Gambar Freeman itu asalnya diambil oleh jurugambar Scott Gries di belakang pentas semasa Konset Hari Mandela di Radio City Music Hall pada 18 July 2009 di New York City.

Lambert mengambil masa satu bulan untuk menghasilkan rambut dan janggut Freeman, kedutan di dahi beliau dan bintik-bintik di pipi beliau. Ajaibnya kita hampir tidak dapat membezakannya daripada imej asal.

Lihat bagaimana proses ini dibuat... 



Ada yang  mendakwa bahawa video yang dihasilkan itu sebenarnya telah dimainkan ke belakang. Walau bagaimanapun, bukan hanya potret Freeman, malah potret Barack Obama dan Beyonce juga berjaya dihasilkan.

Lagi lukisan yang dihasilkan oleh Kyle;

 Sumber dailymail.co.uk

Klik untuk lihat video;





No comments:

Post a Comment