Showing posts with label Celebrity. Show all posts
Showing posts with label Celebrity. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

Model Jadi Setiausaha Presiden Paling Miskin di Dunia


Model jadi setiausaha presiden paling 
miskin Mujica (gambar kecil) dan Leis.


Montevideo: Presiden Uruguay, Jose Mujica menjadi bahan berita apabila beliau dikatakan mempunyai seorang setiausaha yang juga model seksi ketika sebuah akhbar Brazil menyifatkan pemimpin itu sebagai presiden paling miskin di dunia.

Fabiana Leis, 33 yang bekerja di pejabat presiden itu sejak 2002 pada masa sama juga bekerja sebagai seorang model, aktres dan seorang penari.
“Di Uruguay susah untuk hidup jika anda hanya bergantung kepada seni semata-mata,” kata Leis dalam temubual dengan Clarin.

Leis juga menarik perhatian umum apabila muncul menjadi model dengan berbogel dalam sebuah majalah Uruguay, Fevvi pada 2011.

Akhbar Korean Herald menyifatkan tidak seperti rakyat Korea, penduduk tempatan di Uruguay tidak pernah mempersoalkan aktivitinya di mana kakitangan kerajaan akan didakwa jika melakukan perbuatan seperti itu sedangkan mereka masih dalam perkhidmatan awam.

Malah model terbabit dikatakan turut mengedarkan 200 kalendar berkenaan kepada rakan sekerjanya di pejabat presiden itu.

Pastinya selepas ini Tuan Presiden
Mesti lebih kuat bekerja lagi.

Presiden Mujica, terkenal kerana penampilan beliau yang hanya menaiki motosikal ketika menjadi ahli parlimen selepas 14 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan anti kerajaan ketika pemerintahan bekas tentera.

Presiden berusia 78 tahun itu menjalani kehidupan paling ringkas dengan hanya menerima 10 peratus daripada gajinya berjumlah AS$1,200 (RM3,988) manakala selebihnya didermakan.

Presiden Mujica dan isterinya memiliki harta yang amat sedikit berbanding presiden lain termasuk hartanah bernilai AS$1,870 (RM6,234), dua kereta bernilai AS$5,520 (RM18,348) dan tiga traktor serta peralatan ladang bernilai AS$18,993 (RM63,132).

Presiden itu tinggal di sebuah rumah ladang yang hampir roboh dengan kain bersidaian di luarnya. Bekalan airnya adalah dari sebuah perigi di halaman rumahnya yang sudah ditumbuhi banyak lalang. Tidak ada pengawal keselamatan lengkap bersenjata, yang ada hanya dua anggota polis dan seekor anjing berkaki tiga, Manuela yang berkawal di luar rumah berkenaan. AGENSI

Klik sini untuk


Monday, December 30, 2013

Dara Untuk DiLelong! | Virgin For Sale!



CATARINA


Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online. Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP

Jika ada ayang ingin membuat tawaran, lihat dulu foto SlideShow yang dipetik dari Lebai Google apa keistimewaan yang beliau ada. Ingatan dari aku, Hubungan perakahwinan itu lebih mulia dan afdal dari menghampiri zina!




Sunday, December 29, 2013

Jet Li Hidap Penyakit Tiroid



Jet Li Memegag Watak Wong Fei Hung

HONG KONG - Bintang filem aksi Hollywood, Jet Li mengaku dia kini menjalani rawatan penyakit tiroid, lapor portal berita hiburan, Hollywood Reporter semalam.

Bagaimanapun, Li yang berusia 50 tahun berkata, dia kini mengambil ubat-ubatan sebagai cara untuk pulih daripada penyakit itu.

"Saya kini menghidap hipertiroidisme. Kadangkala saya kehilangan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg). Namun, ada ketikanya, berat badan saya naik sebanyak 15kg. Ketika ini, saya kelihatan gemuk.

"Saya tidak berpeluang untuk menurunkan berat badan kerana rawatan perubatan yang saya jalani itu melibatkan kawalan denyutan jantung. Justeru, saya tidak boleh melakukan senaman.

"Saya akan menunggu sehingga doktor menyatakan, saya boleh melakukan senaman ringan sebelum saya bertindak menurunkan berat badan," kata Li.

Dia telah disahkan menghidap tiroid aktif pada tahun 2010 dan hanya mengambil ubat-ubatan untuk mengawalnya. Namun, penyakitnya itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini.

  
Penyakit yang dialami Li itu menyebabkan dia mengalami peningkatan kadar metabolisme asas, gangguan sistem saraf autonomi, perasaan gelisah, kadar denyutan jantung meningkat, pengambilan air yang berlebihan dan berlaku penurunan berat badan walaupun selera makan meningkat.

"Saya hanya manusia biasa seperti orang lain. "Saya bukan Wong Fei Hung (watak dalam sebuah filem yang dilakonkannya)," kata Li.

Dia pernah menjadi juara seni mempertahankan diri kungfu. Li mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 1980-an. Dia menjadi terkenal apabila membintangi filem Once Upon a Time in China pada tahun 1990-an. Antara filem Hollywood yang pernah dilakonkannya ialah Lethal Weapon 4 dan Romeo Must Die.

"Saya dalam kesakitan, tetapi saya masih lagi belum menderita," katanya. - Agensi.


Lihat aksi seni China Vs seni Jepun dalam Fist of Lagent.