Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Jet Li Hidap Penyakit Tiroid



Jet Li Memegag Watak Wong Fei Hung

HONG KONG - Bintang filem aksi Hollywood, Jet Li mengaku dia kini menjalani rawatan penyakit tiroid, lapor portal berita hiburan, Hollywood Reporter semalam.

Bagaimanapun, Li yang berusia 50 tahun berkata, dia kini mengambil ubat-ubatan sebagai cara untuk pulih daripada penyakit itu.

"Saya kini menghidap hipertiroidisme. Kadangkala saya kehilangan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg). Namun, ada ketikanya, berat badan saya naik sebanyak 15kg. Ketika ini, saya kelihatan gemuk.

"Saya tidak berpeluang untuk menurunkan berat badan kerana rawatan perubatan yang saya jalani itu melibatkan kawalan denyutan jantung. Justeru, saya tidak boleh melakukan senaman.

"Saya akan menunggu sehingga doktor menyatakan, saya boleh melakukan senaman ringan sebelum saya bertindak menurunkan berat badan," kata Li.

Dia telah disahkan menghidap tiroid aktif pada tahun 2010 dan hanya mengambil ubat-ubatan untuk mengawalnya. Namun, penyakitnya itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini.

  
Penyakit yang dialami Li itu menyebabkan dia mengalami peningkatan kadar metabolisme asas, gangguan sistem saraf autonomi, perasaan gelisah, kadar denyutan jantung meningkat, pengambilan air yang berlebihan dan berlaku penurunan berat badan walaupun selera makan meningkat.

"Saya hanya manusia biasa seperti orang lain. "Saya bukan Wong Fei Hung (watak dalam sebuah filem yang dilakonkannya)," kata Li.

Dia pernah menjadi juara seni mempertahankan diri kungfu. Li mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 1980-an. Dia menjadi terkenal apabila membintangi filem Once Upon a Time in China pada tahun 1990-an. Antara filem Hollywood yang pernah dilakonkannya ialah Lethal Weapon 4 dan Romeo Must Die.

"Saya dalam kesakitan, tetapi saya masih lagi belum menderita," katanya. - Agensi.


Lihat aksi seni China Vs seni Jepun dalam Fist of Lagent.








Friday, December 6, 2013

Rihanna dihalau keluar dari Masjid Sheikh Zayed walaupun berhijab




Penyanyi terkenal Rihanna diarah keluar dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi setelah mengadakan satu sesi bergambar di kawasan masjid.

Walaupun memakai hijab dan 'jumpsuit' serba hitam yang menutup badan beliau, pihak masjid berpendapat ia tidak menghormati tempat berkenaan sebagai rumah ibadah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjid Sheikh Zayed kepada lawan web The National dari Abu Dhabi, ia mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Masjid berkenaan namun berharap mereka juga dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

"Sekiranya tingkah laku melanggar kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lain - seperti mengambil gambar yang tidak sesuai, 'pose' yang membelakangkan konteks tempat suci, bercakap dengan kuat, atau makan - pelawat akan ditegur dengan sopan. Selalunya, mereka akan menghormati itu."

Gambar-gambar penyayi yang berasal dari Barbados ini telahpun dimuat naik di laman Instagram beliau dan menerima pelbagai reaksi.

@dulce_sahara: "Tidak boleh mengambil gambar di rumah ibadat agama. Ia seperi satu penghinaan"

@doodlesbykitteh: "Ini adalah masjid, bukan pantai"

@dalaloa: "Anda perlu hormat kawasan yang anda lawati. Anda fikir anda siapa?"

@azyiezah: "Ri, saya peminat anda tetapi hormati Masjid dan saya tidak suka gambar ini. Saya masih sayangi anda."

@thshtkray: "Sudah klik 'Like'. Gambar yang begitu cantik."

 berita dari astro.

Tuesday, December 3, 2013

Nak cakap apa pun cakaplah!





Wanita ini memang seksi. Raut bibir dan gemersik suaranya, dua perkara seksis yang jelas lagi nyata ada pada sifat luarannya sekalipun tanpa mendedahkan tubuh.

Biar pun ada mata kurang senang melihat penampilan Nabila Huda Suhaimi, 29, dia yang penulis kenali sejak 13 tahun lalu, adalah seorang insan yang jauh daripada hipokrasi.

Berlaku jujur pada diri sendiri adalah kualiti diri paling bernilai yang harus ada pada setiap seseorang. Andai tidak senang, sesak nafas atau sakit mata melihat dia, menghakimi bukannya adil.

 
Senang membahasakan dirinya Abil, kisah hidup wanita dilahirkan pada tanggal 2 Disember 1984 yang juga anak kepada penyanyi rock tersohor negara, Amy Search ini penuh cabaran dan liku. Namun dia tabah. Jarang sekali melihat dia melatah walaupun terkadang kritikan yang dihambur bisa membunuh jiwa raga mereka yang lemah.

Memilih penerima anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini sebagai perasmi muka depan RAP sempena wajah baru isu Sabtu hari ini, rentetan kisah hidupnya bagai ada persamaan dengan perjalanan akhbar ini yang seawal penerbitannya dilempar berbagai persepsi. -hmetro

Saturday, October 5, 2013

Siapa Kata Drama Melayu Tak Bagus ?




Jujur aku mengatakan, amat jarang menonton cerita drama melayu di kaca TV. Kerana apa, bagi pendapat aku cerita yang cuba sampaikan membosankan. Jika dalam filem hindustan tidak sah jika tidak ada kereta api, samalah juga dalam drama melayu wajib ada rumah banglo besar, kereta mewah, datuk-datin, bisness juta-juta. (ini juga cabaran kepada para pengarah di luar sana. Bagilah apa yang orang nak, bukannya bagi apa yang kita nak!)

Jujur! aku sebenarnya nak tengok Zara belakon jer.. 
sebab dia bagus dalam Love You Mr. Arrogant yang 
sedang ditayang di TV3. Selamat maju jaya Zara..

Bukan disebabkan pelakon tidak berbakat, mungkin jalan cerita yang agak streotype.. dah boleh agak apa penamatnya. Bagi sebuah penceritaan yang baik, drama itu mampu membawa kita ‘mengembara’ sekali dan ingin tahu apakah yang akan berlaku selepas itu...  

Pendapat aku berpusing 360 darjah bila ‘tertonton’ sebuah drama melayu berjodol Tanah Merah. Drama bersiri yang telah disiarkan melalui saluran ntv7, diterbitkan oleh Kabir Bhatia pada bulan April lalu. 


Drama bersiri Melayu penuh kelainan di ntv7 itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya  yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta.



Drama berkisar dengan elemen penyiasatan dan plot keberanian seorang wartawan gadis muda. Sifat ingin tahu, ingin mencari keadilan dan kesahihan sesuatu fakta pastinya menjadi antara tugas penting buat seseorang yang bergelar wartawan untuk dikongsikan bersama. Di situlah bermulanya pencarian Johanna (Aishah Hoo) seorang wartawan muda dan berani tetapi terperangkap dengan batasan dan tekanan daripada editornya.

Namun semuanya berubah apabila Maryam (Nazeera Sardi) ingin mendapatkan pertolongan Johanna untuk menyiasat tentang misteri kematian ayahnya, Hassan (Mior Fareez) pada 10 tahun lalu di sebuah kawasan peranginan, Tanah Merah. Lebih tragis sejurus pertemuan itu Maryam dilaporkan menghilang dan dikhuatiri meninggal dunia dalam cara yang hampir sama dengan arwah ayahnya. Walaupun mendapat tentangan daripada editornya, Encik Roslan (Rahim Omar), Johanna tetap tekad untuk membongkar pembunuhan misteri di Tanah Merah dan siasatan itu bakal bermula dengan rentetan diari Maryam yang ditemuinya.

Misi baru Johanna tidak semudah yang disangkakan apabila kehadirannya di Tanah Merah mula kurang disenangi penduduk di situ. Tiada siapa yang tahu apakah yang sebenarnya terjadi dengan Hassan apatah lagi Maryam. Mulut mereka bagaikan terkunci ataupun memang tiada rahsia di sebaliknya. Namun itu sesuatu yang mustahil. Setiap tragedi pasti ada alasan disebaliknya. Semakin hari pelbagai perkara aneh dan tragedi ngeri berlaku. Malah satu per satu kes kematian dan pembunuhan mula terjadi dan menghantui kawasan peranginan tersebut. Tanah Merah yang kelihatan aman sebelum ini mula berubah sekelip mata. Setiap daripada mereka mempunyai sesuatu rahsia yang sukar diungkapkan dan Johanna akan terus bermain dengan pelbagai persoalan dan menanti saat segala yang tersirat itu dibongkarkannya sendiri.

Namun di dalam detik sukar itu jugalah Johanna dipertemukan dalam kisah cinta segi tiga bersama seorang jejaka tampan dan egoistik, Ibrahim (Wan Raja) yang berjaya menyentuh hatinya dan anak pemilik Tanah Merah, Shah Amran (Hakim Yazid) yang sangat mesra dan tahu mengambil hatinya. Apakah yang sebenarnya terjadi di dalam tragedi 10 tahun dahulu? Mengapakah kehadiran Johanna seolah-olah membangkitkan sesuatu yang terpendam? Mampukah segala misteri dibongkar dan siapakah bakal memiliki hati Johanna?

Lihat promo ini dulu..
Untuk membongkar misteri itu, sila layari laman sesawang www.tonton.com.my

@Aku rasa terkilan dan tak puas menonton drama Cinta Jannah, endingnya bagus, tapi kenapa pengarah tidak menggarapkan babak hubungan Jannah (Nelydya Senrose) dan keluarganya bertaub kembali setelah dibuang dari keluarga itu?