Showing posts with label Berita Baek. Show all posts
Showing posts with label Berita Baek. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Semuanya Naik...Yang Turun Hanyalah Hujan!



 
Keluhan rakyat marhain yang masih lagi mampu bertahan dan bernafas di bumi Malaysia. Perit dirasakan dihimpit keperitan hidup dari berbagai sudut. Orang kerja gomen bolehlah asyik naik gaji dengan bonos sekali. Orang kampung yang bekerja sendiri juga yang gigit jari. Ada ustaz cakap, “Semua ini ketentuan tuhan dan belajarlah menjadi seorang insan yang tahu bersyukur”.  

Bila subsidi minyak dan gula ditarik balik, maka tak dapat dielak, berderet harga barangan pun ikut naik. Menteri telahpun bagi amaran supaya peniaga jangan suka hati naikkan harga barang, denda dan penjara akan menanti. Tapi sampai ke hari ini tidak dengar pula ada seorangpun peniaga yang diheret ke mahkamah.

Sudah jadi adat berniaga. Peniaga mana yang nak rugi. Kalau datang dengan harga mahal, takkan nak dijual dengan harga di bawah margin. Itu berniaga buluh-kasap namanya, barang habis-untung lesap!...  


Kerana RM260 Sanggup Berbaris Panjang

Seawal jam 8 pagi, Khamis minggu lalu, berderu penduduk sekitar Bercham, Ipoh, ‘menghurungi’ Pejabat Pos di Taman Canning. Jumlahnya cukup luar biasa hingga ada yang terpaksa berbaris hingga ke luar pintu pagar. Wajah masing-masing seolah tidak sabar menanti. Ada yang terjenguk-jenguk melihat nombor giliran manakala sesetengahnya bersungut penat berdiri.

Mereka hadir bukanlah untuk membeli setem atau membayar bil tertunggak tetapi tidak sabar untuk mengeluarkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diumumkan pada 19 Disember tahun lalu.

Bagi mereka, wang dividen ini penyelamat keluarga. Besar maknanya walaupun jumlah diperoleh hanyalah beberapa ratus sahaja. Ismail Mat Isa, 40, seorang pekerja pembersihan taman ditemui menadah syukur dengan wang dividen sebanyak RM261.

“Bagi orang gaji besar, memang nampak sikit. Tapi wang inilah dapat bantu saya membayar buku sekolah anak, yuran sekolah agama dan tambang bas sekolah untuk tiga anak.

“Cukup atau tidak. Ini ikhtiar terakhir. Saya tunggu juga wang bantuan persekolahan RM100, namun duit itu hanya akan diberi pada 15 Januari nanti. Alangkah baik jika ia diberi awal sebelum sesi persekolahan bermula,” keluhnya.

Baginya tekanan amat dirasai apabila barang makin mahal hinggakan baju dan kasut sekolah baru untuk anak pun tidak terbeli. Keluhan ini pastinya bukan ‘kes terpencil’ berikutan isu kenaikan harga barang menjadi buah mulut hampir semua lapisan masyarakat di desa atau kota. Malah, masyarakat Orang Asli di Chenderiang, Tapah yang ditemui wartawan minggu lalu turut bersungut dengan kenaikan harga makanan kering seperti roti dan beras.

Bagi mereka hidup makin tersepit dengan pendapatan yang masih statik. Tiada perubahan ketara sedangkan harga barangan dan perkhidmatan berlumba-lumba naik.

Tiada lagi harga ayam RM3.40 sekilogram seperti lima tahun lalu atau ikan kembong RM7 sekilogram. Semuanya kini meningkat antara RM4 hingga RM5 sekilogram. Roti yang dahulunya RM1.70 kini dijual lebih RM2.50. Gaji naik hanya sedikit tetapi harga barang makanan melonjak hampir 50 peratus. Belum dikira harga susu bayi, lampin pakai buang, bayaran bulanan pengasuh anak, petrol harian ke tempat kerja, tarif elektrik baru serta pelbagai hutang ansuran.

Berbicara dengan kumpulan pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) di Parlimen Batu Gajah. Nada sama turut dilahirkan. Ramai mempersoalkan kenaikan tarif elektrik.

Dakwa mereka, kenaikan kos sara hidup ibarat tsunami. Momentumnya lebih dirasai bagi golongan yang mempunyai ramai anak. “Macam mana nak jimat lagi sedangkan gaji kecil. Semua orang tahu tahun 2014 akan berlaku inflasi mencecah 3.2 peratus. Ini fakta,” kata seorang daripada mereka.-bharian.

@Lepas ni berderet lagi barang akan naik harga bila tarif letrik dan tol akan dikaji semula katanya. Aku rasa tak payahlah nak merungut sangat, dalam PRU13 dulu tangan mana yang pangkah dan memenangkan puak ni. Dan jangan terkejut pula bila hampir PRU14 nanti akan banyak lagi janji-janji syorga.

Mungkin juga nasihat ini boleh memujuk hati...  



Tuesday, December 31, 2013

Sambutan Ambang 2014: Gandingan Ustaz Azhar-Shiro, Ustaz Haslin-Sepahtu





KUALA LUMPUR: Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.

Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.


“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.

“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,” kata Dr Halimah.

Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia Tegar, pengacara David Teoh, pelawak Sathiya dan pelakon Diana Amir.

Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.

Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, youtube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.

Sumber: Selangorku.com 




@Pepatah Arab ada mengatakan tentang pemilihan sahabat atau kawan.
...Jika kita berkawan dengan seorang tukang besi, lambat laun baju kita akan terbakar disambar percikan apinya dan jika kita berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, nescaya kita akan terpercik juga bau wangiannya.

Jom Kita Berubah! Untuk esok yang lebih baik pada hari ini..
Selamat tinggal pada dunia Maksiat! Jika tersasar jauh, maka kembalilah ke pangkal jalan.

Wallahu a’alam.

Bangga Miliki Punggung Besar, XXXXXXXXXXL !!



Bangga kerana memiliki punggung yang bersaiz 10 XL. Itu harta berharga yang Sarah ada. Bagi aku Sarah banyak kelebihannya. Sekurang-kurangnaya beliau ada secret weapon. Awas pada yang cuba terfikir nak merogolnya. Anda cuma ada dua pilihan saja. Buat di duduknya atas muka... kalau tak koma, nazak terus...huhu.   

Lihat Video di bawah;

Chicago: Seorang wanita yang juga ibu dua anak, Sarah Massey, 33, mengakui pernah menyebabkan mangkuk tandas pecah selepas duduk di atasnya. Sarah yang berasal dari Chicago dan mencatat rekod dengan garis pusat pinggul sepanjang 213 sentimeter kadangkala tidak muat untuk memasuki pintu bangunan atau pasar raya.

Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236 (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak.


“Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk. “Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan.

“Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya. Sarah berkata, kini dia juga tidak segan untuk tampil melakukan sesi fotografi kepada peminat yang meminati susuk tubuh wanita bersaiz besar.

Selepas menemui komuniti jejaka di Internet yang menghargai saiz tubuhnya, Sarah berkata, dia tidak pernah kekurangan peminat. “Semuanya bermula apabila saya mengambil gambar untuk satu sesi penurunan berat badan. Seorang rakan yang juga jurugambar kemudian memuat naik foto saya di Facebook. “Terdapat ramai pengikut yang gemarkan foto saya dan rakan saya itu kemudian tampil dengan idea untuk menghasilkan gambar model yang bertubuh besar. Semua foto saya mendapat sambutan hangat,” katanya. Walaupun Sarah selesa dengan bentuk tubuhnya, tetapi memenuhkan almari pakaiannya memakan perbelanjaan yang tinggi.


“Disebabkan saiz tubuh saya yang besar, sukar untuk saya membeli pakaian di kedai biasa. Bahagian atas tubuh saya bersaiz 7 kali XL, manakala bahagian bawah 10 kali XL, jadi saya terpaksa menempah pakaian khusus. Kebanyakan pakaian saya dibeli secara dalam talian kerana terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian untuk individu dengan saiz tubuh terlebih besar. “Pakaian bersaiz besar sangat mahal, jadi saya perlu membelanjakan kira-kira AS$659 (RM2,171) setiap bulan untuk membeli pakaian,” katanya. – AFP