Showing posts with label Just for Fun. Show all posts
Showing posts with label Just for Fun. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Bila Harga Kangkung Dah Turun..




SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.



Jangan banyak sangat makan kangkung

Nanti jadi Gini...


 

Friday, December 27, 2013

Chuck Norris Perolok Van Damme ( Video)




CGI parodi menunjukkan Norris berdiri di atas sayap antara dua kapal terbang, dengan relax mengimbangi 11 lelaki dengan pakaian jumpsut membuat formasi pokok Krismas.

Sebelum itu, Jean-Claude Van Damme berdiri di atas antara dua trak Volvo, Iklan ini ingin membuktikan bahawa trak Volvo yang sangat stabil. 

Kini aksi daripada Chuck Norris, yang memperolok Van Damme dengan aksi  dua pesawat dan hampir sedozen lelaki seimbang di atas kepalanya. Iklan percutian itu dihasilkan dari firma animasi Hungary Delov Digital, video menunjukkan Norris berdiri di hujung sayap dua pesawat hilariously hover, memakai topi yang mengimbangi 11 lelaki yang memegang antara satu sama lain dalam pembentukan pokok Krismas.

Apapun, lihat boleh... mahu percaya? Terpulang! Huhu








Tuesday, December 10, 2013

Iklan Isteri Untuk Dijual


Untuk Dijual


Apabila lelaki kena marah!

Jual Isteri, Motosikal

Virginia: Berdepan dilema gara-gara diberi kata dua oleh isterinya, seorang pemilik motosikal Harley Davidson mengambil tindakan mengejutkan apabila menawarkan kenderaan itu serta pasangannya untuk dijual.

Hanya dikenali sebagai Bob, dia dilaporkan dimarahi isterinya kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada motosikal.

Justeru isteri Bob mengugut supaya dia mengubah sikap atau perlu memilih antara motosikal atau pasangan hidupnya.

Bob kemudian mengiklankan motosikal dan isterinya untuk dijual.

Kata Bob, motosikal Sportster 2006 XL1200L miliknya masih dalam keadaan baik, manakala isterinya ialah “model 1959” yang juga masih berkeadaan baik walaupun agak berusia.

Wanita terbabit dilihat tersenyum di sebelah kenderaan itu dengan memakai kot mewah. Bob membuat tawaran AS$5,900 (RM19,000) untuk pembida berminat. – Agensi.


@Soalan CepuMas:
Apakah persamaan antara Isteri dan Motorsikal?
a]. Dua-dua boleh bergerak;
b]. Dua-dua boleh mengeluarkan bunyi;
c]. Dua-dua boleh meragam dan makin lama makin antik;
d]. Semua jawapan di atas adalah betul.

Jawapan yang betul ialah;
d]. Semua jawapan di atas adalah betul. Dapat markah bonos jika ditambah...
Kedua-duanya seronok untuk ditunggang! huhu.