Showing posts with label best foto. Show all posts
Showing posts with label best foto. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Dara Untuk DiLelong! | Virgin For Sale!



CATARINA


Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online. Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP

Jika ada ayang ingin membuat tawaran, lihat dulu foto SlideShow yang dipetik dari Lebai Google apa keistimewaan yang beliau ada. Ingatan dari aku, Hubungan perakahwinan itu lebih mulia dan afdal dari menghampiri zina!




Thursday, December 26, 2013

Be Careful Not To Annoy These Female Bodybuilders


Lazimnya kaum Hawa kelihatan sopan dan ada lemah lembutnya. Namun apa kata jika salah seorang dari mereka ini menjadi teman seranjang anda? Ada berani? huhu.

Happy Watching...





Wednesday, December 18, 2013

Berjaya Keliling Dunia Dengan Triumph Klasik Berusia 45 Tahun Yang Dibeli Hanya £ 500 Dari eBay




Pasangan Clive , 54, dan Gillian Raven, 53, berjaya mengembara keliling dunia sejauh 17,342 batu dengan Triumph 1300 keluaran tahun 1968. Kereta klasik berwarna biru itu dibeli hanya £ 500 dari eBay. Raven membeli Triumph klasik itu dan dibaikinya sendiri sebelum memulakan pengembaraan.

Selepas memulakan perjalanan dari rumah mereka di Sheffield pada bulan Jun, mereka melawat Perancis, Jerman , Poland, Republik Czech , Estonia , Lithuania , Latvia, Russia, Mongolia, China , Laos , Thailand, Kemboja, Malaysia dan Singapura. 

Mereka berjaya dengan misi itu dan kembali pulang ke rumah mereka melalui India pada bulan Oktober setelah melengkapkan pengembaraan selama 127 hari menjelajah 16 buah negara.

“Orang fikir kami gila. Mereka berkata dia tidak akan berjaya dan bimbangkan kereta itu mengalami kerosakan atau tercedera”. Kata Raven

“Kami bergilir-gilir memandu dan membaca peta. Kami bekerja sebagai satu pasukan”.
tambah Raven

Mereka bercadang untuk membuat perjalanan yang sama sekali lagi tahun depan, dan berharap dapat mengumpul wang untuk badan kebajikan.


Lihat Foto menarik lain di Galary KongsiOn9

Monday, December 16, 2013

[8 Foto] Menjejak Pulau Mandela




Inilah Robben Island, atau lebih dikenali sebagai pulau Mandela. Nelson Rohilala Mandela atau Madiba (nama panggilan beliau di kalangan rakyat Afrika) dihantar ke sini untuk dipenjarakan dari tahun 1964-1982, sebelum beliau dipindahkan ke Poolsmoor Prison.

Untuk ke sana, pelawat perlu menaiki feri dari jeti Waterfront di pusat bandaraya Cape Town dengan bayaran 230 Rand atau RM115. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Pemandangan indah Cape Town yang berlatar belakang Table Mountain lebih terserlah sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke feri sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Robben.

Bas pelancong membawa pelawat ke sekitar pulau sebelum ke penjara utama (tempat Mandela dipenjarakan). Pelawat dibawa membuat satu pusingan pulau di mana akan melalui kubur lama, kawasan kerahan banduan, sekolah, gereja dan kawasan perumahan kecil yang menempatkan warden dan pekerja penjara. Boleh dikatakan pekan kecil wujud di Robben island.

Sumber dari astro;












Salji Di Bumi Cairo Setelah 122 Tahun




BAITULMAQDIS - Asia Barat mengalami cuaca yang luar biasa apabila ia dilanda ribut salji, menyebabkan kota suci ini diselaputi salji dan mengalami gangguan lalu lintas.

Sekolah-sekolah juga terpaksa ditutup membuatkan kanak-kanak dilihat bermain salji dengan gembira.

Suasana ceria di kalangan penduduk tempatan yang sudah biasa dengan cuaca panas Asia Barat amat dirasai.

Kanak-kanak di Baitulmaqdis bermain di jalan raya, berita mengenai cuaca menjadi tajuk utama berita sekali gus membenamkan laporan kerajaan mengenai perang dengan Lebanon pada tahun 2006 yang mungkin memaksa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk melepaskan jawatan beliau.

Di Amman, Jordan, perang bebola salji dapat dilihat di mana-mana sementara di Ramallah. Tebing Barat, anak-anak kecil bermain salji dan membentuk orang salji.

Salji turun di Baitulmaqdis sekali atau dua kali pada setiap musim sejuk tetapi suhu seperti sekarang jarang berlaku sehingga membolehkan salji tidak mencair.

Perkhidmatan cuaca Israel menyatakan, sebanyak 20 sentimeter salji turun di Baitulmaqdis dan pada lewat pagi tadi salji bertukar kepada hujan. Ramalan kaji cuaca bagaimanapun menjelaskan bahawa suhu mungkin menurun dan salji akan berterusan sehingga pagi esok.

Salji lebat turut dilaporkan turun di Bukit Golan dan bandar Safed di utara Israel serta di Tebing Barat.

Penduduk di Ramallah begitu terkejut dan teruja apabila bangun dari tempat tidur dan mendapati kawasan kediaman mereka diliputi salji. AP

Lihat foto² menarik ini;