Pasangan Clive , 54, dan Gillian Raven, 53, berjaya
mengembara keliling dunia sejauh 17,342 batu dengan Triumph 1300 keluaran tahun
1968. Kereta klasik berwarna biru itu dibeli hanya £ 500 dari eBay. Raven
membeli Triumph klasik itu dan dibaikinya sendiri sebelum memulakan
pengembaraan.
Selepas memulakan perjalanan dari rumah mereka di
Sheffield pada bulan Jun, mereka melawat Perancis, Jerman , Poland, Republik
Czech , Estonia , Lithuania , Latvia, Russia, Mongolia, China , Laos ,
Thailand, Kemboja, Malaysia dan Singapura.
Mereka berjaya dengan misi itu dan kembali pulang ke
rumah mereka melalui India pada bulan Oktober setelah melengkapkan pengembaraan
selama 127 hari menjelajah 16 buah negara.
“Orang fikir kami
gila. Mereka berkata dia tidak akan berjaya dan bimbangkan kereta itu mengalami
kerosakan atau tercedera”. Kata Raven
“Kami bergilir-gilir memandu dan membaca peta. Kami
bekerja sebagai satu pasukan”.
tambah Raven
Mereka bercadang untuk membuat perjalanan yang sama
sekali lagi tahun depan, dan berharap dapat mengumpul wang untuk badan
kebajikan.
No comments:
Post a Comment