Wednesday, December 4, 2013

NegaraKu Malaysia: Tahun 13 Mendung, Tahun 14 Kelam Terus !!!




Misi kerajaan adalah bagi memastikan kefahaman kepada rakyat dalam melibatkan pengurusan kewangan.

"Misi kami adalah untuk melengkapkan semua rakyat Malaysia dengan kefahaman asas dalam pengurusan kewangan.

"Memberi mereka faham dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka," kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata langkah tersebut juga bagi memastikan rakyat menguruskan kewangan berdasarkan kemampuan mereka dan tidak berlebihan.

"Hal ini kerana sesetengah orang hidup lebih daripada kemampuan mereka," kata Najib lagi. - themalaysianinsider


Dengar amanat ini dulu, jika rasa diri pengkhianat;



I help you.. you help me..
 
Harga gula naik daripada RM2.50 kepada RM2.84
KUALA LUMPUR: Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai esok.

kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Seri Hasan Malek, berkata langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui pembentangan Bajet 2014.

Harga ayam terus naik 40 sen
IPOH 13 Julai - Harga ayam bersih di Pasar Besar Ipoh di sini, terus meningkat sehingga RM8.90 sekilogram hari ini berbanding harga yang dicatatkan Isnin lalu iaitu RM8.50 sekilogram.

Tinjauan Mingguan Malaysia di pasar berkenaan mendapati, kenaikan ketara berbanding harga runcit sebelum ini iaitu sekitar RM7.60 hingga RM8.20 sekilogram itu mula menimbulkan rungutan dalam kalangan pembeli.

Harga nasi kandar, sate naik 20 sen
PULAU PINANG 6 Sept. - Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel diambil kesempatan beberapa pengusaha restoran nasi kandar dan sate di negeri ini dengan menaikkan harga makanan dan minuman di premis masing-masing.

Golongan tersebut memberi alasan kos penghantaran barang mentah meningkat, membuatkan mereka tiada pilihan melainkan menaikkan harga jualan bagi mengelak mengalami kerugian.

JPJ sasar pasang 831 kamera AES dalam 18 bulan
PEKAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, hari ini.

Beliau berkata setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 Sept lalu

Tarif Letrik Naik
Kuala Lumpur: Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan 4.99 sen manakala 5 sen bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan itu diambil bagi mengukuhkan kewangan negara ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran dan usaha rasional subsidi yang perlu diteruskan kerajaan. 

Harga rokok naik hingga RM1.50
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Beberapa pengeluar jenama rokok premium mula mengikuti langkah British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) menaikkan harga rokoknya berkuat kuasa hari ini berikutan peningkatan 14 peratus cukai eksais ke atas produk tembakau itu, semalam.

JT International (JTI Malaysia) turut mengumumkan pelarasan harga baharu terhadap beberapa jenama pek 20 keluarannya dengan seperti Mevius dan Salem dengan harga RM12 sekotak, berkuatkuasa 1 Oktober 2013.

GST ganti cukai jualan bermula 1 April 2015
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2014 semalam mengemukakan cadangan kerajaan untuk memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan menggantikannya dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus.


Lihat dan perhatikan betul-betul...

Agaknya boleh percaya ke dengan orang ni..

TPM nafi harga RON95 naik dalam masa terdekat
BENTONG 28 Sept. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

"Sah tak ada...siapa yang menyebar berita itu, ia tidak betul. Sebenarnya tidak ada.

Berikutan itu, beliau menegaskan harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10.


Peniaga naik harga ayam berdepan denda sehingga RM500,000
BESUT 21 Julai - Para peniaga ayam yang berdegil masih menjual ayam melebihi harga standard RM7.70 bermula 26 Julai ini boleh berdepan denda antara RM50,000 hingga RM500,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga degil dan tamak yang enggan mematuhi ketetapan harga standard itu.

"Kita sudah beritahu harga ayam yang ditetapkan adalah RM7.70 sen sekilogram mulai 26 Julai ini. Kalau peniaga sengaja naikkan lagi harga selepas tarikh itu, kita tak boleh lagi bertolak ansur.

  
@Berkata benarlah walaupun pahit... Kepada yang masih buta perut, lihat apa yang Allah telah janjikan... dari terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11: Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

NegaraKu,
Tanah tumpahnya darahKu,
Rakyat hidup,
bersatu dan tertekan maju...

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment