Saturday, December 7, 2013

3 Lamborghini Berkecai, 9 Juta Melayang...



Sedih juga mendengarkan...
Pernah juga dengar orang kata.. easy come, easy go!


Seremban: Kemalangan tiga kereta mewah Lamborghini di Kilometer 260, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi semalam, menimbulkan persoalan apabila pemandunya lesap dari tempat kejadian.

Dalam kejadian pada jam 9.57 pagi itu, kemalangan dikatakan berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura itu dikatakan berkonvoi dari negara berkenaan ke Kuala Lumpur.

Sebuah kereta dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kenderaan terbabit lalu menyebabkan ketiga-tiganya terbakar.



Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit yang belum dipastikan bilangan dan identiti mereka dikatakan diselamatkan orang awam sejurus selepas kejadian. Ketiga-tiga kereta mewah itu dianggarkan RM3 juta sebuah.

Tiada pemandu mahupun pemilik ketiga-tiga kenderaan berkenaan tampil ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu untuk membuat laporan.



“Kami meminta pemilik kenderaan terbabit segera membuat laporan di IPD Seremban atau mana-mana balai polis untuk membolehkan siasatan dilakukan.

“Setakat ini, kami hanya menerima laporan daripada orang awam dan tiada mana-mana pihak berkaitan sama ada pemandu atau penumpang membuat laporan sehingga lewat petang ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

-hmetro

No comments:

Post a Comment