Showing posts with label Skandal. Show all posts
Showing posts with label Skandal. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Nenek Pun Gersang Juga!!



Atuk dan Nenek Kantoi Dicekup

Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat. Itu tajuk di dada akhbar menyambut kedatangan Tahun Baru 2014.

Berani kerana benar, takut kerasa salah. Itu kata perumpamaan Melayu. Kerana takut dicekup atas kesalahan cuba menghampiri zina. Apabila dah kantoi, bermacam cara dan alasan dibuat untuk melepaskan diri. Ada yang terjun tingkap, menyorok dalam tandas, sorok dalam almari. Panjat siling, bawah katil pun ada... Mana amau lari?? Tau pulak malu, dengan Tuhan tak tau malu!.

Maksiat ada di mana-mana dan sampai bila-bila selagi ada bulan dan matahari. Tepuk dada tanyalah iman. Apabila bertemu seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan, maka akan datang iblis berbisik diantara mereka...

Macam Laki-Bini!

“Dalam sebuah hotel bajet dekat Taman Ria Jaya mendapati sepasang kekasih sedang nyenyak tidur dalam keadaan berpelukan seolah-olah seperti pasangan suami isteri. ketika pintu diketuk, bilik yang dihuni pasangan terbabit tidak berkunci.

Anggota penguatkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati, wanita itu hanya berseluar dalam dan menyarungkan baju-T sedang berpelukan di atas katil bersama kekasihnya berusia 27 tahun.

Apabila disoal siasat mendapati kedua-duanya bukan mahram dan mengakui sudah bermalam di bilik berkenaan sejak empat hari lalu. -Kata Zaiferi Zainul Abidin, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda.

Antara lain yang kantoi...

Pasangan Berstatus Datuk Dan Nenek
ALOR SETAR: Pasangan berstatus datuk dan nenek yang masih beristeri dan bersuami serta mempunyai cucu antara kedua-dua pasangan itu ditahan di sebuah hotel murah, di Simpang Kuala pada pukul 2.03 pagi.

Pelajar IPT
Turut ditahan dalam operasi itu ialah sepasang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kulim serta dua pasangan berusia sekitar 20-an.

Ibu Dua Anak
GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat. Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Wanita Sarat Mengandung
Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel. Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku. “Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain,” kata lelaki tersebut.

Adik-Beradik Dicekup
Dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini. Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.

Penjawat Awam
Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.
Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.

Mak Andam Jalin Hubungan Terlarang
Dalam serbuan di sebuah hotel bajet mendapati pasangan sejenis yang dipercayai menjalinkan hubungan terlarang ditahan dalam operasi berkenaan. Mak andam berusia 31 tahun dari Jitra itu mendakwa memiliki tiga buah butik pengantin dan baru sahaja selesai menyolek pelanggan yang akan menghadiri sebuah majlis makan makan.

“Dikatakan akibat letih, dia yang ditemani ‘kekasihnya’ terpaksa bermalam di bilik hotel tersebut berikutan mempunyai tugasan perniagaan lain keesokan pagi di lokasi berdekatan,” katanya. Soal siasat kepada kedua-duanya mengakui menjalinkan hubungan terlarang itu sejak 2004.

39 Individu Ditahan
Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS). Operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu lain mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

Di hari lain yang pandai ambil kesempatan..

Jururawat Dicekup
Seorang Jururawat yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya yang juga sudah berkahwin.  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud. Kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam.

Saturday, December 21, 2013

Cikgu Wanita Penolong Pengetua Sekolah Rakam Video Lucah Kantoi



Cikgu Lizah Yang Nampak Sopan..

AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014. -sinarharian.

Ini cerita dari Melaka Juga... Suka Seks

 

Tuesday, December 3, 2013

Ustaz Sempat Buntingkan Pelajar Sebelum Berangkat Ke Mekah




Kopiah sentiasa di kepala, tasbih sentiasa di tangan. Siapa sangka di sebalik perwatakan waraknya itu Ustaz Sazali menjadikan teman wanitanya tempat melampiaskan nafsu setiap minggu datang ke ibu kota.

Paling menjijikkan, Ustaz Sazali sanggup menodai kekasihnya sehingga hamil sebelum berangkat ke Tanah Suci mengerjakan Umrah.

Ustaz berusia awal 30-an berasal dari utara tanah air itu sentiasa berulangalik ke ibu kota setiap minggu kerana menghadiri kelas pengajian jarak jauh di sebuah Universiti di sini.

Setiap kali ada kelas pengajian Ustaz Sazali menyewa Hotel Bajet di ibu kota semata-mata untuk meniduri teman wanitanya yang dikenali sebagai Sofea, 23, pelajar sebuah Kolej Swasta di pinggir kota.

Sofea yang ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini amat menyesal kerana terpedaya dengan ayat manis Ustaz durjana itu.

Dia tidak menyangka seorang Ustaz dan mengetahui pengetahuan luas di bidang agama tergamak melakukan maksiat.

“Pada mulanya saya berasa bertuah dapat memiliki teman lelaki bergelar Ustaz, sekurang-kurangnya dapat membimbing saya ke Syurga.

“Rupa-rupanya perangainya amat teruk sekali, tidak seperti digambarkan sebagai lelaki alim,” cerita Sofea sambil menangis, menyesal dan rasa berdosa kepada Allah dan keluarga.

Menurut Sofea, setiap kali menidurinya Ustaz Sazali berbisik ke telinganya sambil berkata; Sayang, mari ikut abang ke Syurga!”

Setelah enam bulan melakukan hubungan terlarang itu, Sofea mengakui mula ketagihan seks dan akhirnya dia disahkan hamil.

“Harap Ustaz Sazali bawa saya ke Syurga, rupanya melencong ke Neraka!” ujarnya.

Sekembalinya dari menunaikan Umrah Sofea memaklumakan keadaan dirinya sudah berbadan dua.

“Ustaz hanya mendiamkan diri tetapi selepas itu dia terus menghilangkan diri.

“Dia tidak lagi datang menemui saya, walaupun masih menghadiri kelas pengajiannya di ibu kota,” tambahnya.

Kini Sofea mengandung tujuh bulan dan ditempatkan di Pondok Penyayang Raudah Batu 11, Gombak, Selangor bagi meneruskan kehidupannya dan proses bersalin.

Sofea bersyukur kerana keluarga terutama ibu memahami keadaannya, walaupun perbuatan yang dilakukan itu amat memalukan keluarga.

Sementara itu, pengasas Pondok Penyayang Raudah, Ustaz Mokhtaruddin Haji Md Said berkata, generasi muda perlu melengkapkan diri dengan iman dan takwa bagi mengelak terjerusmus ke lembah maksiat.

Katanya, jika iman dan takwa dipelihara dengan baik masalah gejala sosial di kalangan remaja dapat dihindarkan.

“Jika nak pilih teman lelaki atau wanita elok lakukan solat istikharah mohon petunjuk llah sama ada kawan itu benar-benar jujur atau mahu mengambil kesempatan.

“Allah akan beri petunjuk kepada kita dan dengan izinNya kita akan dapat teman yang baik,” tambahnya.

-hmetro

Friday, November 29, 2013

Wanita Membogelkan Wanita Simpanan Suami



Kejadian berlaku di China, seorang wanita sedang menyerang wanita yang lain di atas jalan raya. Wanita ini memukul wanita ini itu bertubi-tubi. Menurut saksi sekeliling, wanita yang kena tumbuk itu adalah perempuan simpanan suaminya. Semua ahli keluarga datang untuk meleraikan pergaduhan tetapi tidak berjaya. Sehinggalah suaminya keluar untuk meredakan keadaan.


 @Teringat dialog aziz satar dalam filem seniman bujang lapok...
"Saudara ni berbini 2 pandai. Tapi hukum bodoh. Kalau berbini dua tu gilir-gilirlah. semalam sini, semalam sana... barulah adil...". 

Apapun jika tak mampu berlaku adil, cukuplah dengan seorang. Berbini 4 pun boleh... tapi kenalah minta petua dengan Abang Jem dulu... huhu.