Showing posts with label Macam2 Cerita. Show all posts
Showing posts with label Macam2 Cerita. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Kenapa Kereta Malaysia Mahal?




KUALA LUMPUR 24 Jun - Pengambilan untung yang tinggi oleh pengeluar merupakan salah satu faktor utama harga kereta popular tempatan lebih mahal berbanding negara-negara lain di rantau ini, bukan disebabkan duti eksais semata-mata.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, terdapat empat faktor penentu harga kereta iaitu kos pembuatan, duti eksais, pengambilan untung dan cukai jualan.

"Pengambilan untung merupakan antara faktor terbesar penentuan harga kereta ketika ini. Nilai berkenaan ditentukan oleh syarikat pengeluar.

"Kerajaan tidak boleh mengawalnya dan ketika ini kami sedang mengamalkan strategi tekanan pasaran dengan menggelakkan kemasukan lebih banyak jenama baharu untuk mengurangkan kadar pengambilan untung berkenaan," katanya. utusan


"Pengambilan untung merupakan 
antara faktor terbesar penentuan 
harga kereta ketika ini. Nilai 
berkenaan ditentukan oleh 
syarikat pengeluar." Kata Menteri


Lihat pula disini; Kenapa Kereta Malaysia Lebih Murah Di Luar Negeri??? 
dan apa pula kali ini Pak Menteri nak JAWAB!


Timbalan Pengarah lagi POWER Dari Menteri!




Yang mana satu nak ikut neh! Pening juga dibuatnya..

Apabila bencana jerebu melanggar bumi Malaysia, Menteri arahkan supaya Sekolah ditutup, hairan juga, kenapa pula Hanya Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor mengarahkan supaya sekolah dibuka semula pada Selasa, 25 Jun, kecuali di Klang?. Menurutnya, keputusan tersebut dicapai hasil mesyuarat dengan pegawai sektor dan jabatan!.

Malaysia ada seramai 32 Pak Menteri untuk 28 juta rakyat Malaysia (jumlah tak termasuk Timbalan). Di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi saja ada 4 orang. Menteri I, Menteri II, Timbalan I dan Timbalan II serta ada 4 KSU. Kenapa pula sorang pun tak bukak mulut. Ini melibatkan keselamatan kesemua Murid-murid seramai 5,214,261 dan Guru-guru 418,146 orang. 

..Dulu sebelum PRU berebut nak buat kenyataan itu.. ini. Sekarang dah abis modal kot!


Hanya sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang ditutup esok

SHAH ALAM 24 Jun - Hanya sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang ditutup esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lokasi itu mencatat bacaan 319 melebihi tahap berbahaya sehingga petang ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, penutupan itu membabitkan 93 buah sekolah rendah dan 38 buah sekolah menengah di kawasan terbabit.

Menurutnya, keputusan tersebut dicapai hasil mesyuarat dengan pegawai sektor dan jabatan.

Sekolah-sekolah lain di negeri ini dibuka dan pelajar serta guru boleh pergi ke sekolah seperti biasa," katanya. - UTUSAN


Ini pula notis dari;

Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia



Laporan Berita Dari TV3

Perkembangan jerebu juga menyaksikan seluruh sekolah di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur diarah ditutup.

Manakala di Johor selain Muar dan Ledang, sekolah turut diarah ditutup di Batu Pahat, Segamat dan Kluang selain Kuantan di Pahang.

Secara keseluruhan 613 sekolah di 5 buah daerah terjejas telah diarah tutup.
Angka itu membabitkan lebih 250,000 pelajar.

386 sekolah melibatkan lebih 160,000 pelajar di  Muar, Ledang dan Batu Pahat diarah terus bercuti sehingga keadaan kembali pulih. 

Kluang, 117 sekolah dengan lebih 54,000 pelajar, manakala di Segamat pula, membabitkan 110 sekolah membabitkan hampir 40,000 pelajar.

Di Melaka keputusan dibuat untuk menutup operasi semua 313 sekolah di seluruh negeri itu dibuat Ketua Menterinya, Datuk Idris Haron.

Arahan turut membabitkan institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta.

Tambahnya, 60,000 topeng muka mula diedarkan di seluruh Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan Daerah dan Negeri.

Di Kuantan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob juga mengarahkan semua sekolah di daerah itu dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.

Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah Kuantan.

Sementara itu penutupan sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dibuat selepas mengambil kira keadaan mutu udara yang semakin buruk sehingga jam 5 petang tadi.



Monday, April 15, 2013

Mengapa Pula Umat ‘Non Muslim’ Tidak Boleh Menggunakan Perkataan ‘ALLAH’ ??




Tidak dapat difahami mengapa bukan Islam di Malaysia ini dilarang menggunakan perkataan ALLAH? Banyak pula pihak yang pertikaikannya, daripada cerdik agama hinggalah kepada yang ikut-ikutan. Apakah ini disebabkan kepentingan berpolitik?? Namun setiap orang ada pendapatnya sendiri, samada yang berkepentingan atau sebaliknya.

Cuba fahami ayat ke-2 Surah Al-Fatihah:


Yang bermaksud: 
Segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam.

Bukankah Alam itu bermaksud semua benda yang bernyawa di atas dunia ini..
Termasuklah pokok, batu, binatang, manusia, angin, lautan, serangga, bukit dan gunung ganang dan lain2 seumpamanya? Mengapa pula dikhususkan kepada manusia sahaja?

Firman Allah S.W.T.
Maksudnya : "..dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Rabbmu (Tuhanmu)?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Surah al-A'raf ayat 172). 

Namun setelah manusia lahir ke dunia, di kalangan mereka ada yang terpesong oleh ajaran kedua ibu bapa mereka, lalu mereka melanggari perjanjian yang telah termeterai itu sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya:

 “Tiada (bayi) yang dilahirkan melainkan (dia) dilahirkan mengikut fitrah, lalu kedua ibu bapanya yang menentukan sama ada dia menjadi yahudi, nasrani atau majusi, sebagaimana terhasil daripada seekor binatang itu anak yang sempurna,
kamu tidak akan mendapati sebarang kecacatan padanya”


Apa pula kata Sheih Yusuf Al-Qaradhawi
[Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia].

“Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama”.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)

Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.-Yusuf Al-Qaradhawi


Pemimpin DAP pula guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR 14 April - Sekiranya sebelum ini calon bukan Islam Islam, Richard Wong memulakan ucapannya dengan “Bismillah’ dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, pemimpin DAP Selangor, Ng Swee Lin pula dilihat seolah-olah mempermainkan kalimah suci Allah selepas mengucapkan 'Alhamdulillah', 'masya-Allah' dan 'insya-Allah'.

Dalam Majlis Ceramah Menuju Ke Putrajaya anjuran Pas di Lembah Pantai, di sini malam ini, Swee Lin memulakan ucapannya dengan kalimah Alhamdulillah kononnya 'bersyukur' diberi peluang berucap.

Sejurus menyebut kalimah itu, beliau menerima sorakan kuat hadirin yang rata-rata terdiri daripada ahli-ahli Pas.

Selepas itu, semasa mengulas berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyebut pula kalimah 'masya-Allah'. - UTUSAN

@adakalanya insan yang menerima islam selepas mendapat hidayah (saudara baru) seperti Cat Steven, Ust. Ravi Abdullah dll lebih baik akhlaknya daripada sesetengah yang mengaku dirinya Islam itu sendiri... 

Ini juga contoh terbaek...
Dulu Masa Ada Kuasa..
 
Teh Ginseng bergelas antik

Dah ilang kuasa, minum Teh Ginseng jer...


Sunday, April 14, 2013

Ketagih Layari Facebook Golongan Bermasalah?




Golongan bermasalah kerap layari Facebook

MISSOURI - Sekumpulan penyelidik berpendapat, mereka yang kerap melayari laman Facebook adalah tergolong dalam kumpulan yang  mempunyai masalah emosi.

Ketua penyelidik dari Universiti Missouri, Russell Clayton berkata, golongan itu terdiri daripada mereka yang dibelenggu dengan masalah kemurungan, pemabuk dan penagih dadah serta masalah mental yang lain.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pengkomputeran dan Kelakuan Manusia turut mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 daripadanya mengakui mengalami masalah emosi.


 “Mereka menjadikan laman itu sebagai tempat meluahkan masalah dan perasaan. Pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan melampau dan kesepian pula lebih cenderung menggunakan Facebook sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain,” katanya pada laporan DailyMail.

Clayton berkata, golongan ini terlalu terdesak untuk bertemu dan berhubung dengan orang dalam talian, berbanding bertemu di tempat awam.

Bagi yang ketagih alkohol, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam keadaan mabuk dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan tersebut.-sh