Orang Malaysia sudah
mewah? Agak-agak begitulah. Harga barang sudah melambung naik. Kalau di pasar
ikan kembung sudah RM14.80 sekilo. Itu belum sotong, ayam dan sayur. Nasihat
dari Doktor, makan kena seimbang… tapi masalahnya poket sudah sumbang!.
Kami hendak bercerita
soal harga kereta, Jika dipantau di
jalanraya sekarang ini kereta bercambah-cambah, sesak dari pagi sampai
ke malam. Tapi ada perasan atau tidak, berapa orang di dalam satu kereta?.
Diperhatikan 80% sorang sebiji! Haa.. sebab itu kami kata orang Malaysia mewah.
Tapi itu lumrah, sebab itu semua keperluan.
Kami hendak buat
perbandingan tentang kereta Nationanal, Kereta kebanggaan Negara, baru rasa patriotik sikit. Hendak beli kereta
mewah, poket pun kena mewah juga. Cukuplah dengan kereta Nasional sesuai dengan
golongan pertengahan. Golongan Marhain.
Sepatutnya lebih indah
duduk di Negara sendiri, tapi apa sudah jadi sekarang ini? Cakap lebih sikit di
copnya pro pembangkang atau anti kerajaan. Tidak kisah hendak dilabel apapun
sebab kami tidak ada kena mengena dengan parti politik. Sudah bagi macam-macam
1, tak tahu rasa bersyukur. Bukan kah rakyat diutamakan… tak gitu?
Jika nak dibandingkan
dengan Negara UK, gaji paling rendah pun sekitar 5.8-6 pound satu jam. Kalau
harga petrol bersamaan 1liter = 1.05
pound. Basic gaji bagi fresh graduate (ijazah sarjana muda) yang kerja dengan kerajaan
boleh dapat sekitar GBP1840 sebulan. Jika di Malaysia kira-kira 3,000MYR.
Itupun telah dicampur elaun.
Cuba bandingkan harga
kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan UK. Jangan bandingkan antara
nilai pertukaran matawang tetapi lihat dan perhatikan perbandingan antara gaji
kepada gaji. Adakah duit kita semakin mahal atau barang kita yang semakin
mahal. Adakah patut harga kereta Nasional contohnya ditekan harga sebegini rupa
kepada rakyat. Adakah penjualan pada harga kereta Nasonal sebegini rupa hanya
untuk mendapatkan keuntungan atau nak mencekik darah terhadap rakyat sendiri?
Satu lagi masalah
utama sekarang ini kerana “nilai” kereta itu sendiri. Inflasi terhadap nilai
kereta itu sendiri masuk ke dalam sistem pembankan. Makanya, penyusutan nilai
kereta sekarang sudah menjadi satu risiko sistematik kepada sistem perbankan.
Harga Kereta Nasional
yang tinggi ketika ini tak setara dengan kualiti yang sedia ada. Disebabkan
tarif perlindungan itulah rakyat akan terus ditekan tinggi. Dalam pada masa
yang sama, banyak AP yang “dilepaskan” kepada kroni semakin berleluasa ketika
ini yang akhirnya memakan diri sendiri.
Sekarang cuba lihat
perbandingan dua contoh:
1)Proton Gen2
-Harga di Malaysia:
MYR 54,538
-Harga di UK: GBP
9,195.00
Nilai Harga jika di UK: MYR 44,670.78
2)Proton Satria Neo
-Harga di Malaysia:
MYR 57,313
-Harga dim UK: GBP
9,495
Nilai Harga jika di UK: MYR 41,270.07
Klik untuk semak harga
kereta di UK
Klik untuk semak harga
kereta di Malaysia
Harga Proton Gen2 di UK |
Harga Proton Gen2 di Malaysia |
Harga Proton Satria Neo di Malaysia |
No comments:
Post a Comment