Siapa
laa punya kerja niii
Tolong
laaa, please laa..
Jangan buat macam ni
Kami
rakyat sayangkan abang Najib ni..
Nanti
tak sempat nak bagi lagi
Macam-macam
bantu 1Malaysia
Macam-macam
ada…
Ni
mesti kerja Pak Din ni..
Ha..ha..ha..
Jabatan Penerangan nafi
keluar kenyataan Najib letak jawatan
KUALA
LUMPUR - Jabatan Penerangan menafikan
mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman
media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk
Ibrahim Abdul Rahman.
Beliau
berkata, penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik
jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo
Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak
Jawatan.'
"Jabatan
Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan
palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.
"Tindakan
awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab
dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya
dalam kenyataan di sini hari ini.
Ibrahim
berkata, satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak
jabatan disusuli dengan laporan polis. - Bernama
No comments:
Post a Comment