Tanda-Tanda
Awal Kanser
1. Kanser
Pangkal Rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas
bersenggama dan turun berat badan.
2. Kanser
Payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada atau bawah ketiak. Keluar cairan
darah di puting, pembesaran kalenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah
dada.
3. Kanser
Usus Besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badab, sakit dalam
perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4. Kanser
Paru-Paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,
sakit dada dan hilang berat badan.
5. Kanser
Perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak
teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6. Kanser
Limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,
kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7. Kanser
Ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
bersetubuh, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8. Kanser
Otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh,
pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9. Kanser
Prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
10. Kanser
Darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat infeksi.
11. Kanser
Tekak - Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
membengkak di leher.
No comments:
Post a Comment