Zahid Hamidi yang
cakap berdegar-degar itu...
Telah di RAYU supaya
mengemukakan SAMAN ke atas Rafizi (telah diulang 5 kali)
Kenapalah terus
membisu atau buat-buat pekak badak...
Rakyat Malaysia
sedang TERUJA menunggu dengan penoh MINAT!
Tolonglah!... Please jangan
dibunoh Minat itu!
Urusniaga
Boustead beri durian runtuh kepada Raja Ropiah
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan
ibu pejabat di Menara Boustead yang memberikan sepenuh kerjasama kepada saya
sebagai pemegang saham minoriti Boustead Holdings Berhad.
Saya berkesempatan meneliti dua perjanjian yang telah
ditandatangani di antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat
Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) dan dua syarikat berikut:
1. Astacanggih Sdn Bhd (ACSB) yang dimiliki dan dikuasai
oleh Deepak Jaikishan
2. Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) yang dimiliki dan dikuasai
oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor
Dua
perjanjian yang dipaparkan untuk semakan pemegang saham adalah:
1. Perjanjian Membangunkan 3 Bidang Tanah di antara BWSB,
ACSB dan AMSB (Perjanjian Pertama)
2. Perjanjian Membeli Saham yang melibatkan BWSB dan
pemegang saham ACSB (Perjanjian Kedua)
Saya menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian
perjanjian yang memberi maklumat mengenai kepentingan kesemua individu yang
terbabit serta peruntukan-peruntukan yang membolehkan perjanjian ini terbatal.
Ada beberapa klausa utama yang pada pandangan saya, telah
membatalkan Perjanjian Pertama secara automatik kerana ketidakpatuhan
syarat-syarat di pihak AMSB. Perkara ini akan dibawa ke perbincangan Biro
Politik KEADILAN petang ini untuk mendapat pandangan pakar guaman parti dan
Kerajaan Negeri Selangor. Dalam masa terdekat, saya akan mengumumkan tindakan
selanjutnya sama ada dari segi undang-undang atau di bawah pentadbiran Kerajaan
Negeri yang akan membatalkan Perjanjian Pertama serta-merta.
Ini matlamat utama KEADILAN agar urusniaga melibatkan
RM130 juta dapat dihentikan dan menyelamatkan wang pencen angkatan tentera.
Namun, saya benar-benar terkejut dengan beberapa
urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang
saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.
Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu
memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno
Selangor.
Saya boleh mendedahkan klausa-klausa berikut dalam
Perjanjian Pertama yang memberi keuntungan beratus juta ringgit kepada Raja
Ropiaah (selain dari pembayaran RM130 juta yang telah diumumkan sebelum ini):
a) Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak
tambahan sebanyak RM15,054,408.31 kepada AMSB melalui satu surat lantikan
bertarikh 26 Jun 2012. Kontrak ini tidak diumumkan sebelum ini.
b) Walaupun sudah dibayar RM130 juta atas alasan
mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT, sebenarnya hanya 200 ekar
dari keseluruhan 223.2 ekar yang akan dipindahkan kepada BWSB. Perjanjian
Pertama secara jelas menegaskan bahawa sebanyak 23.2 ekar kekal dalam tangan
Raja Ropiah, yang nilaiannya boleh mencecah puluhan juta ringgit.
c) Boustead Holdings Berhad juga mendahulukan wang
sebanyak RM4 juta kepada Raja Ropiaah melalui proksinya yang bernama Putra
Nazrain Abdul Jalil untuk membeli dan menguasai 20% pegangan di dalam ACSB.
Melalui Perjanjian Pertama, ACSB akan menguasai tanah seluas 200 ekar yang akan
dibangunkan menjadi projek berbilion ringgit. Secara langsung, urusniaga ini
memberi pegangan 20% dari projek bernilai berbilion ringgit kepada Raja
Ropiaah.
d) Perjanjian Pertama mensyaratkan agar BWSB menguruskan
segala komitmen kewangan Raja Ropiaah dengan GuppyUnip Sdn Bhd, termasuk
menjelaskan apa-apa hutang agar perjanjian usahasama di antara Raja Ropiaah dan
GuppyUnip dapat dibatalkan. Komitmen kewangan sedia ada tidak dinyatakan dan
akan diuruskan oleh BWSB.
e) Perjanjian Kedua secara jelas mensyaratkan agar Deepak
Jaikishen tidak membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead Holdings
Berhad, mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa perjanjian bertujuan
menutup mulut Deepak.
Ini hanyalah sebahagian dari pelbagai perkara yang saya
temui dari semakan perjanjian.
Saya akan berbincang dengan pakar guaman parti dan
selepas mendapat pandangan profesional, akan mengambil tindakan selanjutnya
untuk mendedahkan pelbagai urusniaga lain yang merugikan rakyat.
Buat masa sekarang, saya ingin menegaskan kembali bahawa
Dato’ Seri Zahid Hamidi telah gagal dalam menjaga kepentingan dan kebajikan
angkatan tentera. Saya juga masih menunggu saman beliau yang belum lagi
dihantar kepada saya, agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi
No comments:
Post a Comment