Mahathir: Bahaya jika media alternatif tak
dikawal
Kebebasan
yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa
situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan
sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau
berkata menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang
kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan
kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi
kandungannya.
"Bahasa
kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di
kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika
ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam
YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya.
Dr
Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka
bersedia untuk BN (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'Tidak'.
"Kini
didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi
kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda
bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'Tidak' sebagai respons.
"Ia
kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'.
Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka.
Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan
dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube.
"Rakaman
ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun terdapat
video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan menjeritkan
perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu, kebanyakan orang tidak
mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip video palsu ini," katanya.
Menyedari
perkara ini adalah hasil langsung kebebasan yang ditawar media alternatif, Dr
Mahathir berkata, "Kebebasannya hampir mutlak."
Dr
Mahathir berkata meskipun media alternatif memberi kebebasan kepada semua orang
untuk menghebahkan apa sahaja yang mereka suka, penggodam dan yang lain juga
boleh menyekat entri sesiapa yang mereka pilih.
"Setakat
ini, saya sendiri terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah
bagaimana ia diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog
saya, dan saya berjaya disenyapkan.
"...
Namun saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin
ingin menghalang kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya.-
Bernama
-----------------
Emmm Alahai Tun, Takkan Tun dah Lupa,
Negara ini Negara Demokrasi. Tun juga yang cakap.
Jika Tun boleh bersuara...biarkanlah kami bersuara juga...
Sebab apa Gen Y hari ini lebih suka mendapatkan sumber melalui media alternatif, ini kerana...
Semua yang tersiar di Media Perdana, tersiar juga di Media Alternatif.
TAPI, Apa yang tersiar di Media Alternatif,
TIDAK disiarkan di Media Perdana.
Itulah bezanya, kerana umum mengetahui Media Perdana yang dikawal itu hanya mainkan isu yang molek dan suci saja. Asalkan boleh membawa keuntungan pada satu pihak. Yang satu pihak lagi nganga...
Ada kawan kata, kalau nak baca Akhbar Utusan, yang disebelah belakang sekali saja yang betul. Yang lain tu tak boleh percaya. Itu kata dia laa.
Mula-mula tak percaya juga, tapi macamana dengan berita yang di bawah ni,
Asyik kena saman saja...
No comments:
Post a Comment