Nick Xenophon |
SHAH ALAM - Senator Australia, Nick Xenophon yang menjadi
fokus kontroversi kerana didakwa mencampuri urusan Malaysia tahun lalu, ditahan
di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.
Laporan beberapa media menyebut beliau akan dihantar
pulang ke Australia selepas siasatan pihak berkuasa.
Laporan portal berita ABC menyebut ahli Parlimen bebas
itu ditahan atas alasan risiko keselamatan.
Malah laporan itu menyebut bahawa beliau dijangka
mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia selain
pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
Portal itu memetika Menteri Luar Australia, Bob Carr
melaporkan bahawa Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia telah berhubung
dengan Xenophon dan sedang berusaha menguruskan pembebasannya.
Kata laporan itu, Senator John Williams, Ahli Parlimen
Buruh Steve Georganas dan Ahli Parlimen Liberal Mal Washer sepatutnya
mengiringi Xenophon tetapi telah menarik diri.
Dalam ada itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Nasution berkata, penahanan Xenophon jelas melambangkan ketakutan kerajaan
terhadap mereka yang boleh mendedahkan kepincangan pentadbiran negara.
Ujarnya, kes sama turut berlaku ke atas peguam dari
Perancis dalam kes Scorpene termasuk halangan yang dikenakan ke atas pakar
patalogi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand untuk menjalankan bedah siasat
kedua ke atas C. Sugumaran.
"Episod ini kalau kita lihat sekadar hendak
tunjukkan bagaimana perasaan faktor tidak selamat oleh kerajaan," katanya
ketika dihubungi.
Menurut Saifuddin, setahu beliau kehadiran Xenophon ke
Malaysia pada hari ini bukanlah atas jemputan Pakatan Rakyat walaupun beliau
pernah menyertai pasukan pemerhati pilihan raya atas jemputan ketua pembangkang
dalam Himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.
"Tidak. Setahu saya tak ada tetapi tidak tahulah
kalau ada mana-mana pimpinan panggil dia, saya tak ada maklumat pula tentang
itu," ujar Saifuddin.
Keadilandaily melaporkan, Xenophon sepatutnya bertemu
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini dan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Saifuddin bagaimanapun tidak menolak kehadiran Xenophon
Ke Malaysia ada kaitan dengan peranannya sebagai pemerhati pilihan raya dan kes
saman ke atas beberapa akhbar yang tersalah lapor kenyataannya sebelum ini.
"Saya percaya beliau masuk itu atas mana-mana satu
sebab itu," katanya.
Xenophon dalam pemerhatiannya ketika berlangsungnya
himpunan Bersih 3.0 mendakwa perhimpunan itu aman sebelum polis menimbulkan
provokasi pada hari kejadian.
Xenophon, yang tiba dari Melbourne, Australia, pada pukul
6.50 pagi, ditahan pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen
1959/1963.
LCCT, Sepang. |
Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Pengarah
Imigresen Datuk Alias Ahmad dipeti Bernama berkata, Xenophon merupakan golongan yang tidak
diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan
kesejahteraan negara.
"Apabila kita semak sistem dia merupakan orang yang
tidak dibenarkan masuk ke dalam negara kerana sebelum ini pernah menimbulkan
isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara," katanya.
Alias berkata Xenophon ditempatkan di pejabat Imigresen
LCCT berikutan penahanan itu dan bukan di dalam sel atau lokap.
Katanya, Xenophon dijangka dihantar pulang ke Australia malam
ini.
Menyangkal dakwaan kononnya Xenophon dinafikan hak untuk
menemui sesiapa dan mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar, Alias
berkata Xenophon dibenarkan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia,
Miles Kupa, yang datang untuk menemui beliau di bilik mesyuarat pejabat
Imigresen LCCT pagi tadi.
Beliau berkata, Kupa yang turut menemuinya berhubung
penahanan Xenophon itu, menyatakan rasa puashati dengan layanan Imigresen
Malaysia terhadap senator itu serta menegaskan bahawa beliau menghormati
undang-undang negara.
Xenophon dilaporkan ialah antara 50 pengubal
undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010.
Pengubal undang-undang Australia itu juga dilaporkan
sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa
parlimen sebagai 'mahkamah kangaru'.
Senator Williams berkata jadual lawatan delegasi itu,
yang dirancang dua bulan lepas, kini tidak akan diteruskan.
"Saya baru sahaja bercakap dengan Mal Washer dan
memberitahunya bahawa saya menarik diri. Saya telah bercakap dengan Julie
Bishop (timbalan ketua pembangkang) dan menghantar pesanan teks kepada Nick
Xenophon menyatakan kami menarik diri daripada lawatan itu dan beliau menjawab
'OK', " katanya kepada stesen television ABC.
Williams berkata beliau berfikir adalah lebih baik untuk
keadaan menjadi reda dan melakukan lawatan kemudian pada tahun ini.
"Mereka mempunyai sebab mengapa dia (Xenophon)
ditahan di lapangan terbangan dan saya pasti ini boleh diselesaikan. Keadaan
ini akan selesai dalam beberapa minggu ini dan kemudian kami akan melihat sama
ada kami boleh melakukan lawatan kemudian," katanya.
- SH
No comments:
Post a Comment