Sunday, February 24, 2013

Flora Ong Hampir Ikut Jejak Atlantuya Shaariibu





Makin lama makin berani..
Makin lama makin berapi..

 
Flora Ong nyaris alami ‘nasib sama’ dengan Altantuya – Deepak

KUALA LUMPUR : Flora Ong, seorang individu wanita yang dinamakan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan semalam kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.

“Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan ikut  untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya,” dakwa beliau.

Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan  membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan  dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan ‘rapat’ mereka.

Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.

“Bagaimanapun, hal ini ‘reda’ beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat.

“Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib,” dakwa Deepak yang enggan memberi butiran peribadi wanita berkenaan termasuk usia dan latar belakang, sebaliknya hanya mendedahkannya secara berperingkat-peringkat kepada media alternatif.

Deepak baru-baru ini memohon imuniti dari kerajan Malaysia bagi membolehkannya membuat pelbagai pendedahan berkaitan salah laku Najib dan Rosmah tetapi beliau tidak yakin memperolehinya.

Mengikut semakan, Najib sebelum menyandang jawatan Perdana Menteri, kerap dikaitkan dengan skandal beberapa personaliti wanita terkenal termasuk penyanyi tempatan.

Beliau digembar-gemburkan dalam media ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi di sebuah hotel di Port Dickson pada 1995 tetapi ‘terlepas’ dari sebarang pendakwaan.

Najib juga dikaitkan memiliki hubungan dengan Altantuya Shariibuu ketika menjalankan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan diuar-uar pernah makan malam bersama di Paris.

Bagaimanapun, rekod kedatangan Altantuya ke negara ini dipadam Jabatan Imigresen sebelum warga Monggolia itu kemudian diletup menggunakan bahan peledak C4 di Jalan Puncak Alam. -keadilandaily

No comments:

Post a Comment