Hayati petikan dari Hadith ini dulu...
Dari Ibnu Mas’ud , bahwa
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya
kejujuran itu menuntun kepada Al-Birr (kebaikan), sedangkan kebaikan itu
mengantarkan ke dlm surga. Sesungguhnya seseorang senantiasa bersikap jujur
hingga ia dicatat di sisi Allah Ta’ala sebagai orang yang jujur. Dan
sesungguhnya Al-Kadzib (kebohongan) itu mengarahkan pada kejahatan, sedangkan
kejahatan itu menjerumuskan ke dlm Neraka. Sungguh seseorang senantiasa
berbohong hingga dicatat sebagai pendusta.” (HR. Bukhari (10/423)
Selepas nafi, Mahathir
akhirnya mengaku pinjam Bank Dunia
Selepas berbohong dan membuat penafian,
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku meminjam wang
daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau.
Anehnya, Mahathir mendakwa
beliau tidak pernah menulis secara rasmi kepada badan itu untuk mendapatkan
dana ketika krisis kewangan 1999, bagi menjawab dakwaan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru-baru ini, Mahathir
menafikan beliau pernah meminta bantuan
kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau
selepas itu.
Mengulas pendedahan Pengarah
Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli
yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr
Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk
melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
Namun, ketika menulis
diblognya semalam, Mahathir mengaku pinjaman sebanyak USD300 juta
ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, untuk makanan, pendidikan
tinggi dan program mikrokredit.
Selepas Anwar dipecat,
kerajaan membuat tiga pinjaman daripada Bank Dunia.
Menurut Mahathir, sebanyak
USD100 juta ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94
juta dikeluarkan.
Pinjaman sektor sosial
sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD600,000 manakala
satu lagi pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD217 juta
dikeluarkan.
Tiga injaman itu diluluskan
pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan, dan
kedudukannya diambil alih oleh Mahathir.
KEADILAN baru-baru ini
mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat
pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997.
Ketiga-tiga dokumen pinjaman
US$60 juta itu membuktikan
rundingan berlaku selepas Anwar
dipenjara dan dipecat dari kabinet.
Pentadbiran Umno sejak zaman
Mahathir menuduh Anwar dengan pelbagai
tohmahan, termasuk akur kepada polisi ditetapkan Bank Dunia dan IMF semasa
krisis kewangan melanda lebih sedekad lalu
Sumber:KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment