Ini berita baik...
Berita baik harus disokong..
Hanya orang tak baik saja yang kata... berita baik itu, berita tak baik!
Nanti jangan pula minta tok tua tu betatur panjang-panjang... sakit lutut der..
he3.
**********************
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus
Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.
Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke
atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu
mengurangkan beban hidup mereka.
Menifesto pakatan rakyat 2013 Tawaran ini terkandung pada
muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.
Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang
dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras
utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.
Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara,
Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
“Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa
beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat
Malaysia,” dokumen manifesto itu dipetik.
Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN,
Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib
Pengerusi DAP, M Kulasegaran.-keadilandaily
No comments:
Post a Comment