Apakah maknanya integriti jika tidak mengamalkannya...
Apa maknanya jika ia hanya pada sekeping kertas?
Namun apa yang tersirat tiada siapa yang tahu.
Allah telah berfirman,yang bermaksud;
“Hai orang-orang yang
beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh
jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan...) Al-Hujurat ayat 11.
Ikuti Jawapan Terbaik bagi integriti itu...
SPR
kecewa pembangkang enggan tandatangan ikrar integriti
LUMUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini
melahirkan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan pemimpin pembangkang untuk
menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI)
yang merupakan satu inisiatif sebuah badan antarabangsa.
Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata
sewajarnya mereka menandatangi ikrar yang dilaksanakan atas inisiatif TI
Malaysia kerana rakyat mahukan pemimpin serta wakil rakyat yang bukan sahaja
berintegriti malah perlu menzahirkannya dalam bentuk tindakan.
"SPR komen perkara ini sebab kami akan menguruskan
bakal calon yang hendak bertanding dan mereka akan menjadi wakil rakyat
walaupun keputusan (pilihan raya) terserah kepada rakyat selaku pengundi,
tetapi ini berhubung kait dengan pemilihan wakil rakyat.
"Jadi kami rasa ia (menandatangani ikrar integriti)
satu tindakan yang betul untuk semua parti politik bersetuju tandatanganinya,
yang kamirasa semua orang senang dengan hal itu," katanya kepada pemberita
di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
menyampaikan ucaptama pada Taklimat Ulangan kepada Pengawai Pengurus dan
Penolong Pegawai Pengurus bagi negeri Perak di Segari di sini.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru
ini menegaskan bahawa PAS tidak akan berbuat demikian dengan alasan niat dalam
hati adalah lebih penting daripada menandatangani ikrar.
Wan Ahmad berkata Ikrar Integriti Pilihan Raya itu
merupakan idea dan inisiatif Transparency International (TI) Malaysia yang
merupakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang memperjuangkan integriti dan
bukan dilaksanakan sebuah parti politik.
"Kenapa pula mereka (pemimpin parti politik
pembangkang) tidak mahu, ikrar integriti ini satu perkara yang sangat perlu
dalam kita melahirkan kumpulan pemimpin dan wakil rakyat yang berintegriti.
"Memanglah kita boleh cakap, cakap lain buat lain,
hati lain...tetapi mereka perlu zahirkan apa yang ada dalam hati itu. Saya rasa
ini satu langkah yang baik oleh TI Malaysia...ada parti politik yang telah
hantar senarai nama calon untuk disemak bab integriti mereka, inilah
bagus," katanya.
Wan Ahmad berkata perbuatan menzahirkan integriti kepada
rakyat selaku pengundi adalah langkah yang baik untuk menegakkan 'kebersihan'
dan integriti diri.
Beliau memuji tindakan menzahirkan komitmen integriti
kepada rakyat selaku pengundi seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak selaku ketua parti Barisan Nasional (BN).
Rabu lepas, Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan
Raya TI, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan
memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah
terutama pada pilihan raya umum ke-13.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International
merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding
pada pilihan raya umum berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik,
ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan
undang-undang.
Najib turut memberi komitmen bahawa sebaik sahaja nama
calon BN bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon
menandatangani ikrar itu.
-Bernama
Ini Jawapannya buat renungan...
Jika
menang, Pakatan humban pemimpin rasuah ke penjara – Anwar
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana
pemimpin terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah
dilakukannya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, hukuman
setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia disepakati
pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran negara.
“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang
mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,”
katanya di depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan
Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin.
Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama
Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin
Pakatan.
Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu
penyokong perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai
menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun
ikhtiar. Kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita
ikhtiar. Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita
ukhwah,” katanya.
Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan
sebelum ini, tidak pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat
DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13.
“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang
untuk membalas dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan
pimpin dengan adil dan membela nasib masyarakat,” katanya dipetik Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment