Ada seorang sahabat yang menemui seorang pemimpin yang alim, kaya dan soleh. Dia orang yang sangat sopan, terkenal menghargai setiap orang dan mempunyai pribadi yang sangat menyenangkan. Ketika ditanya oleh sahabat tersebut apakah tips yang diamalkan kerana beliau mempunyai peribadi yang MENYENANGKAN, RENDAH HATI dan DISENANGI banyak orang?
Pemimpin yang soleh itu menjawab;
“Saudara, saya selalu menghargai setiap orang, tidak
kira siapapun dia, dan saya selalu menghargai setiap kesempatan”
"Jika saya berjumpa dengan Kanak-Kanak, saya
menganggap Kanak-Kanak itu lebih Mulia daripada saya, kerana anak-kanak ini belum
banyak melakukan Dosa daripada
saya.”
“Apabila saya bertemu dengan Orang Tua, saya menganggap
dia Lebih Mulia daripada saya kerana dia
sudah Lebih Lama berIbadah."
“Jika saya berjumpa dengan Orang Alim, saya menganggap
dia Lebih Mulia daripada saya kerana Banyak
Ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui."
"Apabila saya berjumpa dengan Rakyatku, saya
menganggap mereka Lebih Mulia daripada
saya kerana dia tidak akan Diminta Pertanggungjawabkan seberat saya, dan
mungkin di mata Allah dia Lebih Mulia kerana
lebih berTakwa."
“Apabila saya melihat Orang Jahil (Bodoh), saya
menganggap mereka Lebih Mulia daripada
saya kerana mereka membuat Dosa dalam keJahilan, sedangkan saya membuat Dosa
dalam keadaan Mengetahui."
“Jika saya melihat Orang Jahat, saya Tidak menganggap
kita Lebih Mulia kerana mungkin satu
hari nanti dia akan Insaf dan Bertaubat atas kesalahannya sehingga dia Dicintai
oleh Allah."
“Apabila saya bertemu dengan Orang Kafir, saya mengatakan
didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan Diberi Hidayah
oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan Diampuni oleh
Allah.”
Dan...
Kerana sesungguhnya kita Tidak Tahu apakahh Akhir Hidup
kita lebih Lebih Mulia atau Lebih Hina
dari mereka.
Kerana sesungguhnya kita Tidak Tahu apakah kita akan
mendapat Keampunan dan Rahmat dari Allah sehingga nantinya menjadi penghuni Syurga,
atau sebaliknya kita pada akhirnya Terperosok
dalam Dosa di Akhir Hidup kita sehingga akhirnya masuk ke dalam Neraka
dan mereka Sebaliknya.
Kerana Kemulian yang sesungguhnya adalah bila dia selamat
dari Neraka dan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga.
Kerana Kehidupan
Dunia adalah Fatamorgana yang Menipu, dan
hanya Allah yang mengetaui KEMULIAAN seseorang."
Dan kerana
sesungguhnya Rasulullah shalallaahu ’alaihi wa sallam telah bersabda (dari Abu Abdurahman Abdullah ibn Mas'ud ra)
:
“Sesungguhnya seseorang di antara kamu dikumpulkan
penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian 40
hari menjadi segumpal darah, kemudian 40 menjadi sepotong daging.
Kemudian diutuslah seorang Malaikat untuk Meniupkan Roh
kepadanya dan diperintah dengan 4 (macam) perintah, yaitu menuliskankan
REZEKInya, AJALnya, AMALnya, dan CELAKAnya atau BAHAGIAnya.
Demi Dzat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya
seseorang diantara kamu melakukan Amal Ahli Syurga hingga tiada jarak antara
dirinya dengan Syurga, melainkan hanya Sejengkal saja, Lalu dia didahului oleh
Catatan Takdirnya dan beramal dengan Amal Ahli Neraka, maka masuklah dia ke Neraka.
Dan (ada pula)
seseorang diantara kamu melakukan Amal Ahli Neraka hingga tiada jarak antara
dirinya dengan Neraka, melainkan hanya Sejengkal saja, Lalu dia didahului oleh Catatan
Takdirnya dan beramal dengan Amal Ahli Syurga, maka masuklah dia ke Syurga” (HR.
Bukhari, Muslim)
No comments:
Post a Comment