Sunday, February 17, 2013

Terjumpa Najib Peniaga Petai


Satu Kisah menarik yang tidak ditokok-tambah satu huruf pon, Jom layan...

 Najib dan pimpinan UMNO menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang saya pernah kenali. Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan menunggu petai yang dipesannya dari Orang Asli di sekitar tempat perniagaan pasar sehari itu.

 Saya pernah duduk dengan si Najib penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu. Dia berkata dia menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang Asli yang akan menghantar petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.

 Dia menjawab sambil  tersenyum, “kebetulan bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya. Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab, “tak sama bang, saya beli petai untuk dijual, Najib yang satu lagi tu membeli undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk dijual juga”.

 Dalam hati saya ternyata Najib pembeli dan penjual petai dan jering ini seorang yang agak ‘witty’ juga. Saya tidak menjangka seorang pembeli dan penjual petai ini prihatin dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

 Najib penjual petai ini ramah orangnya seperti Najib PM juga. Najib penjual petai ini bercerita yang beliau telah membayar Orang Asli itu dengan bayaran pendahuluan yang banyak. Jadi Orang Asli itu akan menghantar sahaja petai itu setiap hari pasar sehari ini beroperasi. Kadang kala dia menghantar selama dua bulan petai tanpa dibayar kerana saya telah membayar pendahuluan dengan penuh dahulu. Dengan cara itu dia dapat petai dengan murah, iaitu lebih kurang RM0.20 sahaja sepapan kalau dikira secara pukul rata.

 Saya pun menjawab, “pandai kau ni Najib, terhutang Orang Asli itu kerana pembayaran secara advance itu”. Dia pun manjawab, “Nak hidup bang, kena pandai-pandai sikit. Najib ini pun pandai juga bang!” katanya.

 “Duit BRIM nanti kau nak buat apa dengannya?” tanya saya. Dia jawab, “Saya nak bayar saman trafik bang dengan duit BRIM tu. “Saya disaman kerana membawa petai berlebihan di jalan raya bang. Ada dua saman. Duit BRIM tu balik balik ke kerajaan bang!” katanya pantas.

 Itu sahajalah cerita pendek yang benar-benar saya alami dua minggu lepas. Rupa-rupanya orang bernama Najib ini pandai orangnya....pandai menekan orang susah. Bezanya Najib penjual petai ini menekan Orang Asli sahaja, Najib yang PM itu menekan orang ramai yang miskin termasuk Orang Asli serta Najib pembeli dan penjual petai itu sekali. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment