Marah nampak! |
Kah.. kah...kah... Berita ini lawak ade, kelakar pun ade!
Penyelidik ni mungkin betul dan mungkin juga tidak..
Jangan percaya dulu... sebab ini dah dikira bencana!
Harap2 penyelidik ini silap! Kajian hanya dibuat rantau Eropah
saja.
Sepatutnya diluaskan sedikit skopnya...Cuba buat kajian
di rantau Asia,
Asia Barat atau di Afrika barulah menyeluruh.
Jika di Malaysia, Realitinya sekarang kebanyakan penuntut Universiti
Majoritinya perempuan, hampir 70 atau 80% berbanding
dengan lelaki.
Apabila dan graduate... tentulah dapat gaji yang besar sikit.
Kemana lelaki2 ni pergi?
-ada yang malas dah nak belajar - semak otak katanya
-ada yang mati muda - gila merempit
-ada yang masuk pusat.. ambik dadah
Jika diambil kira statistik di atas... alamat tak berlaki
la para wanita ni.... kesian!
Apa pula kata anda?
COPENHAGEN:
Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar
mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor
satu kajian.
Penyelidik
kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain
marah dan kecewa mungkin memainkan peranan. Kajian dilakukan di Denmark, lokasi
penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana
Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya
menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Penyelidik
Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih
200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati
pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih
tinggi.
Kesan
dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma lebih sedikit daripada
suami.
Penyelidik
berkata: Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar
penggunaan ubat mati pucuk, apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah
tangga berbanding lelaki.
Perbezaan
gaji sebanyak 10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan
penggunaan Viagra.
Menariknya,
fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan
lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil
alih kedudukan itu daripada suami.
Ia
menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.
Menulis
dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata,
peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan
tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan
psikologi.
Kehendak
seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa,
wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah
penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan
tradisi mereka dirampas.
Kemarahan
dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati
pucuk, kata penyelidik. - Agensi
No comments:
Post a Comment