Friday, February 15, 2013

Jutawan dari Sampah

Jangan Panggil Ia Sampah!
Tom Szaky
Tiada siapa menjangka Tom Szaky, lelaki berusia 30 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan pengajian di Universiti Princeton semata-mata untuk bekerja di TerraCycle di Trenton, New Jersey, Amerika Syarikat itu kini berjaya menjadi usahawan kitar semula.  

TerraCycle telah memulakan program kitar semula sejak Mei tahun lalu di Kanada. Kemudian, ia diperluaskan hingga ke Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan memungut puntung rokok daripada sukarelawan. Ia kemudian boleh dikitar semula dan diproses menjadi pelbagai produk daripada bekas rokok, kotak dan sebagainya.

Bagi rokok yang dibuang ia akan dipatahkan sebelum kertas dan tembakaunya dikitar semula. Puntung rokok dibuat daripada plastik dipanggil acetate cellulose akan dicairkan sebelum dicampur dengan bahan-bahan yang digunakan secara meluas oleh kilang-kilang untuk membuat plastik.

Pengilang tembakau membayar TerraCycle kerana program itu sekali gus memberikan mereka sumber kewangan untuk projek itu, selain itu, wang yang diperoleh juga dapat disumbangkan kepada para sukarelawan menerusi sistem pungutan mata. Diatas usaha itu, dan membuatkan kawasan sekitarnya bersih, Atas usaha itu TerraCycle mendapat lebih banyak peluang perniagaan selain menjual barangan kitar semula kepada rangkaian kedai Walmart dan Whole Foods.

Bahan buangan seperti, Uncang jus, botol plastik, pen, pembungkus kopi, pembungkus gula-gula, berus gigi dan papan kekunci komputer antara barangan kitar semula yang bernilai buat TerraCycle. Sebagai contoh, pembungkus gula-gula yang masih terdapat lambang digunakan untuk membalut buku.

"Tujuan TerraCycle adalah untuk menghasilkan barang daripada tidak boleh dikitar semula kepada boleh dikitar semula," kata Szaky yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TerraCycle.

Szaky lebih suka untuk mengitar semula rokok. "Habuk rokok, puntungnya atau kotak pembungkus, semuanya saya suka. Selepas dilancarkan tahun lalu, program ini telah berjalan dengan jayanya.

"Kami telah mengumpulkan lebih sejuta rokok dalam tempoh yang singkat. Kami mempunyai organisasi yang hebat memungut sisa rokok dan kilang tembakau juga gembira dengan pelancaran program ini di AS dan Sepanyol," kata Szaky.

Szaky optimis program tersebut akan diperluaskan ke Eropah dan Mexico dalam tempoh empat bulan lagi. Menurut Szaky, untuk membuat tempat habuk rokok plastik, ia memerlukan 1,000 hingga 2,000 puntung rokok dan lebih 200,000 untuk membuat kerusi taman. Pada tahun 2009 mereka memperolehi $ 5.6 bilion. Dalam jualan runcit pula mereka memperolehi $ 20 juta pada tahun 2010,

Syarikat Szaky bermula apabila dua individu mempunyai idea untuk menjadikan najis ulat sebagai baja di ladang. Sekarang ia mempunyai hampir 100 pekerja.
 
"Saya ingin mengitar semula semua sampah yang terdapat di dunia ini. Matlamat utama saya adalah untuk membebaskan bumi ini daripada sampah. Sampah tidak wujud secara semula jadi," tegasnya. – AFP
 

 










No comments:

Post a Comment