Monday, February 18, 2013

"Ada bunyi mercun malam ini?




Ada yang bertanya kenapa ada bunyi mercun malam ini..

Hari ini adalah hari perayaan besar khas untuk orang hokkien. Sempena memperingati zaman silam pada ketika itu zaman perang, orang hokkien di serang. Orang hokkien lari menyelamatkan diri ke dalam ladang tebu. Ladang tersebut telah membantu menyelamatkan orang hokkien dari diserang. Pada hari ini pokok tebu di hias didepan pintu untuk mengingati sejarah tersebut.
Sekian, terima kasih

p/s : kita belajar sejarah sikit malam ini. dari orang Hokkien :)"

**********************************
Kita sebagai 1 masyarakat, janganlah marah-marah pula kepada orang Hokkien disebabkan bunyi bising mercun malam ni.
Kalau nak marah, marah dalam hati sudahlah.

Inilah dipanggil toleransi masyarakat.
Kita marah kalau agama kita dihina, kepercayaan kita dipijak-pijak.
Al-Quran kita dibakar. Agama kita dipermainkan oleh orang lain.

Maka, begitu juga dengan masyarakat dan kaum lain. (^^).
Toleransi masyarakat itu perlu, agar kita kekal dalam keadaan harmoni dan aman damai.

**********************************
Santai :

Time Hari Raya, Orang Melayu Islam main mercun
= Cina India makii !!
Time Raya Cina , Kaum Cina main mercun
= Melayu India makiiiii !!
Time Thaipusam, Kaum India di Batu Caves Traffic jam
= Cina Melayu makiii !!

Only In Malaysia (^^).

No comments:

Post a Comment