Baca alkisah ini dahulu...
Kisah benar ini terjadi di sebuah negeri di Selatan tanah air. Sebelum majlis Ijab | Qabul, Bakal pengantin lelaki disoal oleh Khadi, berkaitan Mandi Junub.
Bakal pengantin yang segak bergaya dengan yakin & bangga menjawab, "Mula2 baca Bismillah, selepas itu basuh kaki saja" wakaka... haa itu laa, mak bapak suruh pergi mengaji... pergi panjat pokok, mandi sungai buat apa! Tengok rupa macam orang bijak-pandai. ciss! buat malu kaum lelaki jer.. Baca dulu artikal kat bawah neh...
Mandi Junub
Mandi wajib ataupun
mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan
oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan
melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.
Hukum
mandi wajib
Mandi wajib ataupun
mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya
daripada hadas besar.
Perkara-perkara
yang membawa kepada mandi wajib
Seorang Muslim perlu
mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
- Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
- Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
- Keluar darah Haid bagi wanita.
“Jika datang haid,
maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al
Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An
Nasa’i I/186)”
- Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
- Wiladah - wanita yang melahirkan anak.
- Mati.
- Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim,
ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan
air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh
Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
Rukun
Rukun mandi ada tiga
perkara meliputi:
- Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan).
- Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
Niat
Niat mandi wajib
secara ringkasnya adalah
"Sahaja
aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu hendaklah
disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.
Lafaz niat yang lain
"nawaitul
ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa"
(Ertinya: Sahaja aku
mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)
Untuk wanita yang
mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah
"Sahaja
aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
manakala bagi wanita
yang habis nifas, niat mandi wajib ialah
"Sahaja
aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat mandi wajib
hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota
mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya,
mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan
kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Orang yang tidak
berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh
dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi
biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas
orang yang berhadas besar.
Cara
mandi wajib
Mandi wajib hendaklah
dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi
menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.
Cara mandi wajib
paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari
Aisyah ra.,
“Dahulu, jika
Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya.
Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh
kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau
mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau
menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali
tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua
kakinya”
(HR. Al Bukhari dan
Muslim)
Cara mandi wajib yang
paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi
- Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
- Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
- Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
- Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
- Membasuh keseluruhan rambut di kepala
- Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
- Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
- Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
- Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
Membasuh
kaki.
Jika dia mandi dengan
menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah
meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula,
oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika
rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke
dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok
memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Najis
di badan
Jika ada najis di
badan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis
dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua
mandi wajib.
Keperluan
mengambil wuduk
Seseorang yang telah
mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan
solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas
dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula
wuduknya sahaja.
Perkara-perkara
sunat
Pada masa mandi kita
disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil
wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa
putus.
Bagi wanita yang
mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi
(afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.
Perkara Berkaitan:
Melewatkan
Mandi Wajib
Mandi wajib boleh
ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh
melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus
sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk
sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.
Orang yang melewatkan
mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan
puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.
Seseorang itu boleh
melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi
sebelum boleh menunaikan solat.
Ragu-ragu
Jika seorang yang
mengerjakan solat tetapi ragu-ragu sama ada dia sudah mandi wajib atau belum,
maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk
solat-solat berikutnya, dia harus menunaikan mandi wajib dahulu, barulah
solatnya dianggap sah.
Ketiadaan
air (atau mudarat tidak boleh terkena air)
Menurut Syeikh
al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk
melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya
akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka
seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada
air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mudarat), maka hendaklah mandi
menghilangkan janabahnya tersebut.
Daripada Imraan ibn
Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan
diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa
yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya
Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air.
Baginda berkata : Kamu
hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di
dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang
telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas
dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].
Untuk pencerahan, lihat video dari UAI..
Wallahu a'lam.
Untuk pencerahan, lihat video dari UAI..
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment