Friday, February 15, 2013

TONGONG! Berpolitik Biar Berpada






Betul ke cara berpolitik di Malaysia ni sudah makin teruk, menjijikkan atau memang sudah menjadi tabiat yang suka mengutuk, mengaib, atau apa saja asalkan hati berasa puas, lega bila berjaya melontarkan kata-kata yang tidak molek untuk didengar yang kekadang boleh menyinggung perasaan orang lain. Atau kata mudah biadab!

Berpolitik itu untuk apa sebenarnya?
Apa yang difahamkan politik itu adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Lenin berkata, politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa (Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata, politik adalah siapa yang dapat, bila dan bagaimana (who gets what, when and how ).

Kita kena terimalah bahawasanya, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk sependapat dengan kita, tiap orang ada pendapat dan pandangan  berbeza. Apa yang dirasakan baik untuknya,maka itulah yang dipegangnya. Itu fitrahnya.

Cuba dengar sini
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Maksudnya:
'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)

Politik Tongong Menongong
Dalam YouTube tersebar tentang dua makhluk yang menggelarkan diri mereka sebagai Tong + Ngong = Tongong. Menggunakan sedikit bakat yang ada untuk tujuan berpolitik dengan senang hatinya menghentam orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka.

Dah berak tengah jalan tak ngaku pula
Didalam video itu jika diamati dari sudut fizikal serta nahu dan intonasinya menyamai pasangan dalam Maharaja lawak Mega (kawan kamcing) Aflin dan Nabil.  Walaupun dalam video itu mereka menafikannya. Lihat video di durasi 03.08 ada menyebut perkataan GHAZA. Umum mengetahui beliau pernah ke Ghaza (apa niatnya aku pun tak tahu). Betul ke penafian itu kebenaran?

Hentikanlah kerja yang tak ada manfaat langsung, Lebih baik berdosa dengan Tuhan dari berbuat dosa kepada Manusia. Takut tidak tercium baunya Syurga nanti.






Nah! lihatlah hasil kerja Tongong mereka....


   

No comments:

Post a Comment