Sapa laa yang kurang asam sangat ni...
Ha..ha..ha..
Ada ke patut buat macam tu
Sekarang ni dalam mood raya tau! raya Cina
Kerana kurang asam itu...
berita ni tak keluar surat khabar utusan
Kerana kurang asam itu...
berita tak keluar TV3 malam tadi sampai kesudah
Tau-tau saja sudah ada di seberang tambak
Memang laa kurang asam!
Anwar disambut lebih meriah
di majlis Dong Zong
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah
daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir
ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.
Datuk
Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan
Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta
laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.
Beberapa
orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar
(Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.
Slogan
tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di
majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.
Penyokong
tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan
yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.
Salah
seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau
berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya
sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.
Beliau
berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana
menteri akan datang bukan lagi dari BN.
"Beliau
(Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir
dengan memakai baju-T BERSIH.
Najib
yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan
kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai
perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.
Najib
beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati
hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan
menulis kaligrafi.
Pengerusi
Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran
Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.
Dalam
ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus
menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan.
"Kita
dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua
rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata
Yap.
Yap
yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada
Najib kerana sudi hadir ke majlisnya.
Tindakan
Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan
"boo" oleh para penyokong Pakatan.
Kumpulan
sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar
daripada majlis tersebut.
Hadirin
yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula
beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar.
Turut
bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib
presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta
presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.- KeadilanDaily
Lihat Video ini sebelum di tarik keluar dari YouTube...
No comments:
Post a Comment