PKR menjawab Perdana
Menteri yang sering ditimpa skandal, Najib Razak dengan menuduhnya bersembunyi
dibelakang isterinya dan tidak berani berhadapan dengan segala tuduhan korupsi
yang dilemparkan keatas pentadbirannya dan juga keluarga.
Ia amat menyedihkan apabila
Najib, yang jarang menyentuh hal yang berkaitan isterinya, dia telah cuba
mematahkan kritikan bahawa ada kemungkinan dia diserang dengan tuduhan rasuah
kerana memberi lebih peruntukan yang lebih banyak dan juga kontrak-kontrak
baru. Tetapi apabila ada yang menunjukkan bukti dalam bentuk dokumen bahawa
dakwaan rasuah terhadap dirinya dan juga Rosmah cukup untuk siasatan
dijalankan, dia terus berdiam diri. Ini tindakan pengecut dan bukan anak
jantan,” timbalan presiden PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Tian, ahli parlimen Batu,
memberi reaksinya selepas Najib berucap pada pagi Selasa, dimana Najib telah
mencadangkan agar Permata, sebuah badan kebajikan kanak-kanak bekerjasama
dengan Majis Kebangsaan Pertubuhan Wanita untuk membina lebih banyak pusat
penjagaan kanak-kanak kerana sudah ramai wanita yang bekerja. Isterinya yang
sering dibelenggu skandal merupakan penaung Permata.
Lupakan bahawa isteri saya
terlibat. Beri kerjasama dengan Permata kerana ia merupaka program yang komited
dengan pendidikan awal kanak-kanak. Kita tahu bahawa pihak pembangkang akan
merendah-rendahkan rancangan ini kerana Permata terlibat. Pihak pembangkang
tidak konstruktif. Mereka hanya tahu memperkecil-kecilkan segalanya,” kata
Najib.
Masih malu dengan peristiwa di Palestin
Jelaslah bahawa Najib, yang
telah malu baru-baru ini semasa lawatannya ke Timur Tengah, masih belum pulih
dari peristiwa itu. Dalam ucapannya, Najib sekali lagi menyalahkan pembangkang
di Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim atas kejadian yang menimpa
dirinya.
“Lawatan saya di Gaza pun
diperkecil-kecilkan. Mereka tidak konstruktif,” Najib telah menyuarakannya
semasa memberi ucap tamanya di seminar Wanita Sebagai Pemangkin Transformasi
Negara.
Namun, bukanlah Anwar,
tetapi Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas yang membidas Najib. Marah
dengan tindakan Najib yang memperlekehkan partinya, Fatah, Mahmoud menuduh PM
Malaysia itu cuba untuk mencampuri urusan politik Palestin dengan kenyataannya
yang sengaja mencari masalah. Sebab lawatan ini juga adalah untuk memisahkan
Jurusalam dari Palestin yang telah diiktiraf dunia pada 29 Nov 2012,” dalam
kenyataan yang dipetik dari pejabat Mahmoud.
Palestin ditadbir secara
berasingan oleh parti Hamas dan Fatah di Gaza dan Tebing Barat. Hamas diundi
untuk menerajui kerajaan dengan Ismail Haniyeh sebagai perdana menteri pada
tahun 2006 selepas pilihanraya namun masyarakat enggan mengiktirafnya.
Sebaliknya, presiden bagi
Palestin selalunya dari parti Fatah termasuk Allayarham Yasser Aarafat.
Bila ditanya tentang
kemarahan Palestin, Anwar berkata bahawa Najib tidak memenyelidiki dahulu dan
natijahnya, telah melakukan kesilapan besar diperingkat hubungan diplomatik.
Tiada masalah jika melawat kedua-dua Tebing Barat dan Gaza…tetapi saya rasa dia
kurang bijak kerana sepatutnya dia berjumpa dengan kedua-dua belah pihak.
Anwar telah menambah, dalam
keadaan Najib yang mahu menunjuk kepada orang Islam di Malaysia,dia telah
menyinggung parti Fatah dan juga merosakkan imej Malaysia kerana gagal
menunjukkan hubungan luar yang adil dan seimbang. Pendapat Anwar dikongsi oleh
rakan-rakannya dalam PKR.
“Apa kena mengena dengan
Pembangkang disini, bukan kami yang menulis ucapannya. Dia telah memperbodohkan
dirinya sendiri di persada antarabangsa dan ini menjadi lebih teruk apabila
media arus perdana Malaysia cuba memutarbelitkan cerita. Mereka tidak
sepatutnya membuat kenyataan yang melampau dengan menyatakan bahawa lawatan itu
berjaya dan Najib telah menjadi wira di mata masyarakat antarabangsa tetapi
realitinya, ia adalah sebaliknya,” kata Tian.
Pasangan pertama bermasalah menjadi sasaran parti sendiri
Pasangan pertama Malaysia
yang bermasalah ini telah berada dalam situasi yang genting sejak Najib menjadi
perdana menteri Malaysia yang ke-6 empat tahun yang lalu. Popularitinya telah
menurun kepada 63% merupakan peratusan terendah pernah diterima oleh mana-mana
PM yang sedang menjawat jawatan itu.
Sebulan yang lalu, Najib
menyepi seketika menimbulkan khabar angin kuat bahawa dia telah mengidap strok
akibat tekanan dan telah mendapatkan rawatan di Singapura. Penyakit ini berlaku
selepas seorang peniaga kontroversi, Deepak Jaikishan membuat beberapa
pendedahan terhadap dirinya serta isteri.
Najib sepatutnya berhenti
memberi alasan dengan menyalahkan pihak pembangkang. Jika dia benar-benar tidak
bersalah, dia seharusnya menjawab tuduhan Deepak satu persatu dan
menyelesaikannya untuk membersihkan namanya dengan cara
terhormat dihadapan rakyat.
Beginilah seorang PM yang baik dan bersih seharusnya bertindak, bukan seperti
anak-anak menyalahkan pembangkang apabila dia dan isterinya perlu memberi
penjelasan pada rakyat,” ketua bahagian jawatankuasa disiplin, Tan Kee Kwong
memberitahu Malaysia Chronicle.
Walaupun Deepak mempunyai
salinan invois sebagai bukti dia telah membeli barangan kemas untuk Rosmah yang
bernilai RM 13 juta untuk mendapatkan perjanjian penswastaan tanah kementeriaan
pertahanan yang juga melibatkan Raja Ropiaah, ketua wanita Umno Selangor, Najib
enggan memberi maklumbalas selama 2 bulan sebelum menegaskan bahawa Deepak
bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti.
Kelakuan yang aneh dan hubung kait yang boleh dipersoalkan
“Nampaknya jawapan dari
kamu yang ‘tiada kredibiliti’ kerana apa yang saya sudah dedahkan dengan begitu
jelas sekali tentang kes ini adalah kebenaran. Saya cadangkan bahawa PM kita
sekarang menjelaskan kebenaran tentang akaun bersumpah 2 (SD2) kepada rakyat
Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM dan menjadi bahan kutukan
sahaja! Apa yang paling penting adalah anda dan isteri anda tampil ke hadapan
sekarang untuk mendedahkan kebenaran kepada semua rakyat Malaysia mengapa dia
mengarahkan saya untuk menterbalikkan SD2 dan kenapa anda berdua mengarahkan
Dato Nazim, Tan Sri Cecil & Suresh untuk melakukan perkara menyalahi
undang-undang dengan menerbalikkan SD pertama dahulu? Bukankah ini kerana SD
pertama adalah benar? " kata Deepak.
Dahulu menjadi teman akrab
Rosmah, Deepak yang berusia 40 tahun telah mengejutkan negara apabila dia
menyokong dakwaan penyiasat persendirian, P Balakrishnan, bahawa pasangan
pertama Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Deepak mengulangi
apa yang Bala kata, bahawa ia adalah Nazim, adik Najib yang membayar
Bala
sejumlah wang yang banyak untuk menarik balik akuan bersumpah dan meninggalkan
negara.
Bala pada tahun 2008 telah
mengeluarkan suatu akuan bersumpah (SD1) yang jelas membabitkan Najib dan
Rosmah dalam pembunuhan itu. Dia menarik balik SD1 dalam tempoh 24 jam,
menggantikan ia dengan akuan bersumpah 2 (SD2). Menurut Deepak, Rosmah telah
merayunya untuk membantu "memudahkan" penarikan balik kenyataan Bala
yang mengaitkan mereka.
Selain daripada pembunuhan
Altantuya yang dikaitkan dengan dakwaan Najib menerima rasuah RM570 juta untuk
bersetuju membeli 2 kapal selam Scorpene dari firma Perancis DCNS, Rosmah juga
telah memalukan negara dengan dakwaan pembelian cincin berlian RM24 juta – yang
sememangnya di luar kemampuan mereka walaupun dengan gaji yang tinggi dan
faedah yang dinikmati sebagai pasangan pertama negara.
Walau bagaimanapun, dalam
mempertahankan isterinya, Najib dituduh pembangkang "kehabisan idea"
untuk menyerang pentadbirannya dan terpaksa melakukan serangan peribadi dengan
menjadikan Rosmah sebagai sasaran. Rosmah juga mendakwa bahawa dia telah
menjadi sasaran nombor satu pembangkang, walaupun bukan seorang ahli politik.
-Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment