Tuesday, February 26, 2013

Nasib bekas tentera Malaysia lebih teruk dari askar Bangladesh




Nasib bekas tentera Malaysia lebih teruk dari askar Bangladesh
KUALA LUMPUR 24 FEB: Nasib bekas anggota tentera di Malaysia jauh lebih teruk berbanding tentera di negara yang lebih miskin, Bangladesh, kata Pengerusi Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan tentera (Kerabat) Sabah, Zulfakar.

“Di Bangladesh, tentera selepas pencen dapat jaminan baik daripada kerajaan, dapat tanah dan banyak lagi.

“Kita tidak harap ehsan semata-mata, cuma hak seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia (PMAT) yang dimeterai kerajaan sendiri,” katanya Himpunan Agung Kerabat di Padang Awam AU2 Keramat di sini, 22 Februari lalu.

PMAT 1973 antara lain menyatakan setiap anggota tentera dan isteri berhak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua unit tanah perumahan melalui Kementerian Pertahanan.

Sebaliknya, Zulfakar kesal dengan skandal penyelewengan RM160 juta dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang ‘dirompak’ pemimpin Umno Selangor, sekali gus membuktikan kerajaan BN tidak berminat membantu bekas tentera.

“Kerajaan Umno BN penyeleweng terbesar di dunia. Aset kita dalam LTAT mencecah RM100 bilion tetapi kebajikan bekas tentera tidakdibela,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kerabat Kelantan, Mejar (B) Yusof memuji kerajaan Kelantan yang akan menganugerahn tanah kepada bekas tentera dari negeri itu.

“Kerajaan Kelantan sudah mula nak bagi tanah. Ini satu kejayaan kepada Kerabat dan Kelantan negeri yang mencipta sejarah,” katanya pada program sama.

No comments:

Post a Comment