Shuib |
Pelaku akan menaggung segala dosanya
Jika tuduhan itu palsu...
Bersediakah menanggung azab Allah itu?
Firman Allah
“Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan
memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya
dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” [QS Al
Baqarah:27]
“Allah telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu serta
mengerjakan amal soleh, bahawa ia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah
dimuka bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka menjadi
khalifah. Dan Ia menggantikan (keadaan ) mereka sesudah mereka dalam ketakutan
menjadi aman sentosa (selama) mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak
mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah
janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik”
[Qs An Nur:55]
Balasan orang Fasik
Orang Islam yang berbuat fasik, berbuat kerosakan, kejahatan dan maksiat
dimuka bumi ini, maka Allah menyediakan seksa neraka yang pedih.
************************
KUALA LUMPUR 27 Jan: KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya
terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,
kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau mengulas dakwaan salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim
yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang
itu.
Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk
menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti
rakyat di negara ini tidak mempercayainya.
“Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak
berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan
bukannya kerja jahat sebegini,” katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera
bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain
adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf
dan bertaubat,” ujarnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari
PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu
di Thailand.
Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka salah atau berdepan dengan pendedahan video
berkenaan.
Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua
Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk
Shazryl Eskay Abdullah dijatuhkan
hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar
di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.
Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan
berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli
Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti
Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks
yang dikaitkan dengan Anwar.
No comments:
Post a Comment