Saturday, May 11, 2013

Mak Lawa, Anak Cun.. Kalau Boleh Carilah Yang Dah Sunat!




  
‘MAK Lawa, Anak Cun’, judul artikel yang diterbitkan Metro Ahad pada 28 April 2012, boleh disifatkan titik permulaan di mana umum buat kali pertama dapat menatap wajah ibu kepada artis popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, iaitu Noor Kartini Nor Mohamad, 47.

Artikel itu secara tidak langsung mendedahkan rahsia kecantikan yang diwarisi Neelofa daripada ibunya di mana artikel itu turut menampilkan pelakon Anzalna dan Rozita Che Wan untuk berbicara isu yang sama.

Melalui pendedahan itu, memberi impak besar kepada ibu Lofa sehingga turut merasai tempias populariti anaknya. Bersempena sambutan Hari Ibu bakal diraikan esok (Ahad), Harian Metro mengaturkan fotografi bersama pasangan ibu dan anak yang glamor ini. 

Kesempatan mendalami kisah kehidupan mereka yang cukup menarik menemukan lebih banyak kesamaan antara ibu dan anak ini.

“Melihat Lofa seperti melihat diri saya sendiri. Jiwa saya seperti ada dalam dirinya,” lembut bicara Tini saat ditanya apakah persamaan ketara di antara mereka.


Mengakui puterinya itu seorang yang tabah sama seperti sifat yang ada padanya, kedua-duanya juga adalah anak ketiga dalam keluarga.

Malah ibu dan anak ini berkongsi satu lagi persamaan iaitu suka berniaga. Perniagaan sedang rancak dan hangat dijalankan mereka tentunya produk makanan sampingan, Bella Vita yang mendapat sambutan luar biasa serta bakal melancarkan satu lagi produk tidak lama lagi.


Perniagaan keluarga ini dicetuskan Lofa, bukan saja sebagai persediaan masa depan, namun, salah satu cara untuk terus mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi tanggungjawab terhadap perniagaan yang diuruskan bersama.




Namun lebih memikat hati penulis daripada semua persamaan yang ada, tentunya pendedahan Tini mengenai siapa Neelofa di mata ibunya kerana sesungguhnya, hanya seorang ibu lebih kenal akan anaknya sendiri. Yang mana kenyataan bakal disingkap, barangkali belum pernah diutarakan.


“Saya ada 10 anak dan yang bongsu meninggal dalam kandungan. Namun berbalik pada soalan, Lofa sejak kecil memang mudah menjaganya kerana dia tidak banyak kerenah, tidak pernah merungut, cepat belajar dan taat pada orang tua.


“Bukan mahu memuji anak sendiri, tetapi Lofa saya juga sifatkan anak yang rajin. Waktu dia berada di sekolah rendah iaitu mulai tahun satu hingga enam, selepas tamat sekolah, Lofa terikat dengan tuisyen dari jam 2 hingga 4 petang.


“Balik rumah sebelum sambung kelas tuisyen untuk subjek lain pula sebelah malam, dia manfaatkan dua, tiga jam untuk siapkan kerja sekolah.




“Kalau sekarang ini orang kata dia kuat kerja, sebenarnya sikap itu sudah lama ada dalam dirinya sejak kecil lagi. Lofa juga seorang anak yang susah nak berkongsi masalah walaupun hati ibu, saya dapat merasakan sesuatu.


“Saya selalu mendapat alamat melalui mimpi Lofa menangis dan apabila saya terjaga saya tahu bahawa Lofa sedang mengalami masalah. Tetapi bila saya berkongsi cerita mengenai mimpi saya ini dengan anak-anak yang lain, salah seorang daripada mereka khususnya Nabila selalu kata, mama suka buat drama Hindustan (ketawa).


“Dia lebih suka berkongsi hal yang menggembirakan. Apabila saya tanya, Lofa ok ke? Dia selalu akan jawab ok dan mama jangan risau. Walaupun ada sesetengah isu yang mengheret namanya, saya sendiri sebagai ibu tidak dapat menerima kenyataan.




“Daripada penampilan luaran dia nampak lembut tetapi Lofa sebenarnya seorang yang tegas, berpendirian dan pada masa sama tabah. Ada masanya juga dia manja,” katanya.


Lofa adalah anak ketiga daripada lima beradik hasil perkahwinan pertama Tini dan bekas suaminya. Saudara kandung yang lain, Noor Sara Dinna Mohd Noor, 29, Noor Nabila Mohd Noor, 28, Noor Nellisa Mohd Noor, 22, dan Mohd Aqief Mohd Noor, 19.


Pada 1997 selepas dua tahun Tini bercerai, akhirnya dia bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Abdul Halim Khan Laikhan, 51, dan dikurniakan pula empat cahaya mata, Nur Athisha, 14, Nur Ameera, 12, Mohd Faliq, 6, dan Mohd Firdaus, yang meninggal ketika dalam kandungan.


Sementara itu, bapa tiri Lofa yang sudah dianggap seperti ayah kandungnya sendiri turut mempunyai seorang anak, Nur Athira, 21, hasil perkahwinan lalu. Bagaimanapun, semua mereka tinggal sebumbung dengan Tini dan hubungan adik-beradik ini sangat rapat.


Lofa hargai ibu

Kesempatan mengadakan penggambaran program Nona edisi istimewa Hari Ibu di Rumah Kebajikan Rose, Semenyih, baru-baru ini, menyentuh perasaan Lofa.


“Sedang kami menjalani penggambaran, kami menerima kunjungan tetamu yang rupa-rupanya mahu menghantar ibunya ke situ. Ibu kepada lelaki itu nampak uzur menaiki ‘wheelchair’.


“Ramai orang tua yang dihantar ke situ atas pelbagai sebab dan cerita. Antaranya kesempitan hidup, dibuang anak, tidak mempunyai pewaris selain pilihan penghuni di situ sendiri yang enggan menyusahkan anak-anak.




“Biar apapun alasan, tiada satu pun daripadanya boleh diterima. Lofa tidak dapat bayangkan hidup tanpa ibu dan tak mahu kehilangan ibu. Lofa kesal, mengapa ibu yang seorang boleh menjaga 10 anak sedangkan anak yang ramai tidak boleh menjaga seorang ibu.


“Waktu kita berduka, mahu makan kita panggil nama ibu tetapi apabila sudah ada pasangan, kita lupa ibu dan mencari mereka tatkala kita bersedih dan susah saja. Lofa berharap, remaja seusia Lofa atau sesiapa saja berjasalah dengan ibu bapa selagi ada hayat mereka,” katanya.


Mengenai sambutan Hari Ibu, lazimnya Lofa serta adik-beradik yang lain akan menghasilkan video istimewa buat mamanya selain memberikan kad serta hadiah.


“Sejak bersekolah rendah lagi, Lofa suka belikan hadiah. Bagaimanapun, apabila sudah besar cara Lofa dan adik-beradik yang lain merasakan rakaman video untuk Hari Ibu lebih menyentuh perasaan. Kami juga akan rebut peluang untuk membawa mama makan malam.


“Yang seronoknya kami ada ‘group whatsapp’ khusus untuk keluarga kami jadi selain berbual, kami akan rancangkan macam-macam di situ,” katanya.



Tini yang sentiasa ramah, melahirkan rasa syukur kerana semua anak-anaknya saban tahun meraikannya apabila menjelangnya Hari Ibu.

“Macam-macam jenis kad ucapan dan hadiah saya terima daripada anak-anak buat saya rasa terharu. Tetapi saya secara peribadi merasakan video yang dibuat mereka paling menyentuh perasaan.


“Ada satu video memang setiap kali saya kenang, saya akan ketawa kerana tidak tahan melihat keletah anak-anak berlakon babak ibu mahu bersalin. Bila masalah budak-budak ini buat semua benda ni,” katanya.


Sempat bertanya sebelum menoktahkan perbualan apakah hadiah paling berharga pernah diberikan Lofa kepadanya, ringkas jawaban Tini, sehelai sejadah.


“Dia selalu beli macam-macam seperti pewangi dan alat solek. Saya tidak pernah minta, tetapi dia sendiri yang ‘check’ apa barang saya yang tiada.


PhotoShop?

“Apapun, pemberian Lofa yang paling saya suka adalah sehelai sejadah yang dibelinya dari Makkah, tahun lalu. Saya tidak pernah melihat sejadah secantik itu walaupun saya pernah ke Makkah mengerjakan umrah dan haji,” katanya.


Difahamkan harga sejadah itu memang mahal namun Lofa keberatan mendedahkan harga sebenar.

Cerita di sebalik nama Neelofa

Neelofa yang maksudnya cahaya bunga biru adalah sepotong nama yang cukup indah lagi sepadan buat gadis secantik Lofa. Nama itu, secara peribadi adalah pilihan ibunya.


“Saya ada kenalan keluarga berbangsa Pakistan di Kelantan. Mereka ada anak perempuan dan semuanya cantik-cantik belaka. Salah seorang daripada anak kenalan saya itu namanya Neelofa.


“Apabila mendengar namanya, saya terus terdetik jika bayi dalam kandungan saya ini anak perempuan dan kebetulan saya mangandungkan Lofa waktu itu, saya mahu namakannya Neelofa,” katanya.


Tempias populariti Lofa

“Ke mana saja saya pergi sekarang, pasti ada yang bertanya, adakah saya ibu Neelofa selain mereka mahu bergambar. Sebenarnya, bukan saya saja menerima reaksi seperti itu tetapi adik-beradik Lofa juga.


“Khamis lalu, kakak Lofa yang berada di Pasir Mas, Kelantan, diusik sekumpulan lelaki yang memanggilnya dengan nama Neelofa berulang kali. Pendek kata, memang tidak dinafikan kami turut terkena tempias sejak Lofa jadi artis,” kata Tini.


Terbaik dari UAI

No comments:

Post a Comment