SABAK BERNAM 11 Mei: Calon KEADILAN di parlimen Sabak Bernam, Profesor Dr
Abdul Aziz Bari berkata, berlaku pemindahan beramai-ramai pengundi dari kawasan
itu ke tempat lain, menyebabkan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional
(BN).
Katanya, beliau turut dimaklumkan terdapat pengundi yang diberi kertas
undi yang sudah dipangkah, pada hari pengundian 5 Mei lalu.
“Ada yang mendapati nama mereka sudah dipotong dan ada orang mengundi
bagi pihak mereka.
“Selain itu petugas (Pakatan Rakyat) juga ada menghalang warga Bangladesh
memasuki kawasan mengundi. Tetapi petugas Umno mempertahankan mereka.
“Pada sebelah petang, petugas Umno berjaya menyeludup masuk ke dalam
pusat mengundi dengan menggunakan van bercermin gelap,” katanya yang mengesyaki
kenderaan itu membawa masuk pengundi hantu.
Menurut Aziz, pihaknya kini sedang mengumpulkan bukti dan maklumat
menerusi agen barong, pengundian dan pengiraan (PACABA) sebelum
mempertimbangkan tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, Aziz berkata, kekalahan di DUN Sungai Air Tawar dalam
parlimen Sabak Bernam, ekoran Umno
menggunakan isu permohonan hak pemilikan tanah rizab yang ditolak kerajaan
negeri Selangor.
Pada 22 April lepas, seramai 300 penduduk Kampung Sungai Tengar Utara
mendakwa mereka dipermainkan kerajaan negeri apabila menerima surat daripada
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang memberitahu permohonan
berkenaan ditolak bersama sekeping cek bernilai RM500.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Aziz tewas dengan majoriti 1,644 undi
kepada lawannya dari BN, Mohd Fasiah Mohd Fakeh. Aziz memperolehi 14,743 undi
manakala Mohd Fasiah 16,387 undi.
No comments:
Post a Comment