Monday, May 27, 2013

Kamera AES Akan Mengganas Di Melaka!






Jika berhajat ke Melaka kenalah berhati-hati sikit, kerana bukan saja banyak lembu berkeliaran terutama di pinggir bandar, tetapi kamera AES juga akan merakam kenderaan yang dipandu melebihi had laju. Jangan pula marahkah pada kerajaan BN yang popular itu, kerana Kerajaan BN sentiasa memahami dan mendengar denyut nadi rakyat. Tujuannya untuk mengelak berlakunya kemalangan, nyawa anda amat dihargai sebenarnya. Tahun lalu sahaja, sebanyak 6,877 nyawa melayang dalam kemalangan jalan raya.

Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka, sedangkan Dato’ Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.

Klik Untuk Besarkan Gambar

Seperti kata mantan menteri asas tani, Datuk Noh Omar, jika Pakatan Rakyat (PK) terus memerintah di Selangor. Sumber pendapatan negeri akan menyusut teruk, kerana kerajaan PK membantah keras pelaksanaan kamera AES ini kerana akan membebankan rakyat. Malah jika PK berjaya menduduki Putrajaya pada PRU13 lalu, operasi kamera ini akan dihapuskan terus!. Hakikatnya kamera yang setia ini akan bekerja tidak mengenal erti penat, ia akan beroperasi 7 hari seminggu, 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.

Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.


@Untuk dapatkan pulangan yang lumayan, pasangkan saja kamera ini di kawasan Sekolah2 yang hanya 35km/jam. Pasti BR1M selepas ini dapat RM2,000 sorang!


No comments:

Post a Comment