Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan
keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika
makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan
sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh
membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir.
Pilihan
1: Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah
dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air
berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan
menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam.
Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
Pilihan
2: Ambil kulit manggis, basuh dan keringkan (iaitu dijemur
sampai kering (garing). Rebus bersama 5 cawan air hingga tinggal satu cawan
pekat air rebusan itu. Amalkan meminunnya selalu.
Pilihan
3: Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat.
Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi
dan malam.
@Selamat mencuba;
No comments:
Post a Comment