Saturday, June 1, 2013

Lagi Kisah Kekejaman Tentera Assad Di Bumi Syria




Seorang hamba Allah dari perkampungan Horns, tampil menceritakan sejarah hitam dan penderitaan yang ditempuhnya mengenai kekejaman tentera Assad terhadap rakyatnya sendiri.

Beliau tinggal di rumah ibu dan ayahnya bersama anak tunggalnya sejak suaminya meninggal dunia. Sesuatu peristiwa hitam telah terjadi kepadanya pada petang Jumaat ,May 6, di tahun 2011.

Ketika ibu dan bapanya baru saja meninggalkan rumah untuk melawat salah seorang saudaranya, beliau terdengar bungi tembakan, anaknya menangis ketakutan dan beliau segera menutup pintu dan untuk meredakan ketakutan, beliau membacakan ayat suci al-Quran kepada anaknya.

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk, beliau menyangkakan ibu bapa pulang setelah berlaku kejadian tembak menembak. Beliau berlari untuk membuka pintu, tetapi alangkah tekejutnya apabila mendapati beberapa lelaki berpakaian serba hitam sambil memegang senjata berdiri di hadapan pintu.

Lelaki itu bertanya, “Dimanakah kamu letakkan senjata kamu?”.
Beliau menjawab, “Demi Allah, kami tidak ada mempunyai senjata, kami hanya orang miskin”.

Mereka tidak percaya dan meredah masuk dan bertindak mengeledah rumah itu, tiada sebarang senjata yang dijumpai. Berang dengan itu, salah seorang dari mereka bertindak menyoyakkan tudungnya. Mereka juga mengugut untuk menyembelih anaknya dihadapannya sendiri, bertambah takut lagi kerana tiada sesiapapun di rumah itu selain bersama anaknya.

Mereka bertanyakan nama anaknya, beliau menjawab “Abdallah”,
Mereka bertanya sekali lagi nama anaknya. “Abdallah”, jawabnya lagi.
Mereka berteriak, “Bukan!, namanya Abd al-Assad (atau Hamba Assad), kerana kamu hamba”.

Mereka bertambah biadab, dan bertambah ganas dengan menyoyakkan semua pakaiannya.. setelah dibogelkan, mereka mencucuh pula badannya dengan api rokok, tidak cukup dengan itu mereka merogolnya, bukan satu, tetapi 5 orang secara bergilir-gilir. Rayuannya tidak diendahkan...  Apalah kudratnya yang ada untuk melawan dan hanya mampu merintih...  Ya Allah!, Tolonglah kami, bantulah kami...

Ini adalah sebuah kisah benar, berita satu kekejaman yang ditutup rapi supaya dunia tidak mengetahuinya. Beliau berani untuk mendedahkan tentang kekejaman tentera Assad kepada dunia, supaya dunia tahu bahawa berbagai kekejaman telah dan sedang berlaku di bumi Syria ketika ini. Malah memberi amaran beliau bukanlah mangsa yang pertama dan bukan juga mangsa yang terakhir…

Mereka hanya mampu memohon kepada Allah… "God is enough for us.."God is enough for us..."

Ikuti pendedahan itu... DiSini

Ikuti lagi siri kekejaman yang tiada sempanan...
Lelaki tanpa senjata ditembak bertalu-talu;

Lelaki ditanam hidip-hidup;


@Ya Allah, kami memohon kepadaMu, bantulah saudara-saudara kami di bumi Syria dari syaitan yang bernama Assad. Hanya kepadaMu lah yang kami meminta pertolongan dan memohon perlindungan... Amin!


Ikuti Juga :

No comments:

Post a Comment