A) Hadis Sahih
Untuk mengenal pasti hadis sahih, terdapat bebrapa
kriteria yang perlu diambil kira:
i). Menurut Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Nukhbatul
Fikar, yang dimaksud denganhadits shahih adalah adalah Hadis yang dinukil
(diriwayatkan) oleh rawi yang adil, sempurna ingatan, sanadnya
bersambung-sambung, tidak ber’illat dan tidak janggal.
- Rawi yang adil bermaksud seorang perawi yang taat, sentiasa menjauhi kemungkaran, dosa-dosa kecil dan perkara-perkara yang boleh merosakkan iman serta tidak mengikuti mana-mana mazhab yang bertentangan dengan syarak.
- Sempurna ingatan bermaksud seorang perawi haruslah mengingati lebih daripada lupanya, kebenaran lebih daripada kebatilannya dan memahami maksud dan makna apa yang diriwayatkannya.
- Sanadnya bersambung-sambung bermaksud sanad yang tidak digugurkan dan sanad seseorang perawi itu dapat bertemu atau menerima secara terus dengan Rasulullah S.A.W.
- Tidak ber’illat bermaksud kesamaran yang dapat meragui kesahihan sesuatu hadis.
- Tidak janggal bermaksud tidak ada pertentangan antar hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi dengan hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang lebih baik daripadanya).
ii). Dalam kitab Muqaddimah At-Thariqah Al-Muhammadiyah disebutkan bahawa definisi hadits sahih itu adalah Hadis yang lafaznya selamat dari keburukan susunan dan maknanya tidak bertentangan dengan ayat al-Quran.
- Dengan ini, dapatlah kita ungkapkan bahawa hadis yang sahih mestilah tidak berterabur aturan dan susunannya dan tidak menyimpang daripada apa yang terkandung dalam al-Quran.
B) Hadis Hasan
Untuk mengenal pasti hadis Hasan kriteria sepert di
bawah mestilah dipenuhi:
i). Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nukhbatul Fikar
berkenaan definisi hadis Hasan ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang yang
adil, yang kurang kuat ingatannya, yang muttasil (bersambung-sambung sanadnya),
yang musnad jalan datangnya sampai kepada nabi SAW dan yang tidak cacat dan
tidak punya keganjilan.
- Melihatkan definisi ha dis hasan di atas, ia menyerupai hadis sahih kecuali yang mana perawinya seorang yang tidak kuat ingatan sekaligus menjadikan sesuatu hadis itu hadis hasan.
iii). Al-Khattabi menyebutkan tentang pengertian
hadits hasan Hadits yang mana terkenal makhrajnya dan dikenal para perawinya.
- Maksud makhraj di atas ialah tempat seseorang perawi itu meriwayatkan hadis itu dikenali seperti Qatadah di Basrah, dan Atha’ di Makkah.
C) Hadis Dhaif
Hadis dhaif ialah hadis yang kurang satu atau lebih
syarat hadis Sahih atau Hasan. Hadis ini ditolak oleh para ulama sebagai sumber
rujukan hukum atas beberapa sebab:
i). Kelemahan Perawi
- Dusta (Hadis Maudlu’)
- Tertuduh dusta (hadis Matruk)
- Fasik, banyak salah lengah dalam menghafal
- Banyak prasangka
- Manyalahi riwayat orang yang lebih dipercayai
- Tidak diketahui identitinya (Hadis Mubham)
- Penganut Bida’ah (Hadis Mardud)
- Tidak baik hafalannya (Hadis Syadz dan Mukhtalith)
ii). Sanadnya Tidak Bersambung
- Jika sanad pertamanya digugurkan, ia disebut hadis mu’allaq.
- Jika sanad terakhirnya digugurkan (sahabat), ia disebut hadis mursal.
- Jika 2 sanad atau lebih digugurkan secara berturut-turut, ia disebut hadismu’dlal.
- Jika tidak berturut-turut, ia disebut hadis munqathi.
iii). Matan (Isi kandungan) yang Bermasalah
- Hadis yang dianggap dhaif berdasarkan matannya digelar hadis mauquf dan hadis maqthu’.
- Hadis dhaif tidaklah dianggap sebagai salah dan palsu, Cuma statusnya sangat diragui sama ada ia sebuah hadis atau tidak.
- Mengikut para ulama.
1).Hadis palsu merupakan pendustaan yang dilakukan
seseorang dengan menggunakan Nabi S.A.W.
2).Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w.
adalah menyandarkan sesuatu perkataan, perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi
s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
3).Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara
dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang
didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu
palsu, atau rekaan. Maka definisi hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada
hubungan dengan Nabi s.a.w.” (sumber: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum
al-Hadis, m/s 301, cetakan: Darul Fikr al-MuĀµasarah, Beirut).
4).Antara ciri-ciri hadis maudhu` ialah terdapatnya
lafaz Humaira’ seperti yang tersebut di dalam riwayat ini: “Ambillah separuh agama kamu
daripada al- Humaira’ ”.
5).Al-Mizzi berkata: Setiap hadis yang menyebutkan
lafaz Ya Humaira’ iaitu adalah hadis maudhu` kecuali sebuah hadis dalam al-Nasa’i.
(al-Masnu`hal. 212)
6).Pengakuan dari mereka yang memalsukan hadis
tersebut. Sebagai contohnya ketika Ibnu Abi Al-Auja’ ditangkap dan hendak
dipenggal lehernya, dia telah berkata: “Aku
telah membuat di antara kamu empat ribu Hadis yang menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal”.
7).Terdapat petunjuk atau bukti bahawa perawi
merupakan seorangpendusta dan hadis tersebut tidak diriwayatkan oleh perawi
lain. Sebagai contohnya perawi dari kalangan pengikut Syi’ah al-Rafidhah
seperti Abu Mikhnaf.
8).Perawi hadis tersebut berdusta bahawa dia telah
mengambil riwayat daripada seseorang yang tidak pernah ditemuinya. Hal ini
boleh diketahui melalui tarikh lahir dan wafat seseorang perawi mahupun
tempatnya bermukim. Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar hadis
daripada Hisyam bin ‘Amman abang kepada
Ibnu Hibban”, maka Ibnu Hibban bertanya: “Bilakah engkau ke kota Syam?”, Ma’mun
menjawab: “Pada tahun 250H” Mendengar
itu Ibnu Hibban berkata: “Hisyam
meninggal dunia pada tahun 245H” Dari sini dapat diketahui bahawa Ma’mun sebenarnya
tidak pernah bertemu dengan Hisyam.
9).Apabila seorang perawi itu mengaku bahawa Nabi
s.a.w. telah melakukan sesuatu perkara di hadapan para sahabat yang lain,
tetapi mereka bersepakat untuk menyembunyikan perkara tersebut dan tidak menyebarkannya.
Sebagai contohnya hadis palsu ini: Sesugguhnya
Rasulullah s.a.w. meraih tangan ‘Ali bin Abi Thalib r.a di hadapan seluruh sahabat.
Mereka baru sahaja tiba dari melaksanakan haji wada’. Kemudian Nabi (membuat ‘Ali)
berdiri ditengah-tengah mereka sehingga dapat dilihat oleh orang ramai.
Kemudian baginda bersabda: “Ini adalah waashiku (orang yang menerima wasiat)
dan saudaraku serta khalifah (orang yang menggantikan) setelah aku. Maka
dengarkanlah oleh kamu semua (perkataannya) dan taatilah (perintahnya)”.
10).Hadis yang bertentangan dengan ayat al-Quran
sebagai contohnya:“Anak
Zina tidak akan masuk ke syurga sampai tujuh keturunan”. Yang bercanggah dengan firman Allah S.W.T.: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan
oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya;
dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan
dosa usahanya sahaja)”. Al- An’aam (6:164).
11).Hadis yang bertentangan dengan logik akal
contohnya: “Bahawasanya bumi ini di atas
batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka apabila lembu jantan itu
menggerakkan tanduknya bergeraklah batu hampar itu”. Termasuk dalam
kategori ini adalah hadis-hadis khasiat dan fadhilat sesuatu jenis makanan
terhadap kesihatan manusia namun ianya ternyata bercanggah dengan ilmu
perubatan seperti hadis palsu ini: “Buah terung
itu adalah penawar bagi segala penyakit”.
12).Hadis yang susunan katanya dan gaya bahasanya tidak
mencerminkan ianya keluar dari mulut seorang Nabi yang mana Allah s.w.t. telah berfirman)
“Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu
yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala
yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya.” An-Najm (53:3-4).
14).Misalnya hadis palsu ini: “Melihat wajah yang tampan itu boleh mempertajamkan pandangan mata.”
16).Matan hadis yang mencemari sifat-sifat Allah yang
Maha Sempurna dari sebarang bentuk kecacatan dan tidak menyerupai makhluknya
seperti hadis palsu ini: “Bahawasanya Allah
s.w.t. menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Dia
menciptakan dirinya dari kuda itu.”
17).Termasuk dalam konteks ini adalah hadis yang
menceritakantentang perbuatan Allah s.w.t. secara tidak benar seperti: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan langit
dan bumi pada hari ‘Asyuraa”.
18).Hadis yang menerangkan pahala yang sangat besar
untuk sesuatu kebajikan yang sangat kecil. Sebagai contohnya: “Sesuap makanan yang diberikan kepada orang
lapar lebih utama dari membina seribu jamek (masjid)”.
19).Hadis yang menunjukkan amal ibadah yang melampau
sertamenyusahkan seperti solat tanpa henti semalaman dan memilki jumlahrakaat
ratusan bahkan mencecah ribuan seperti solat al-Raghaaib padahari Jumaat yang
pertama dalam bulan Rejab, zikir-zikir yang mencecahribuan kali dan dilakukan
pula tidak sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w.seperti berteriak serta menari-nari)
Sebagai contohnya: “Jangan kalian melalaikan
Jumaat pertama pada bulan Rejab kerana sesungguhnya Jumaat pertama pada
bulanRejab adalah malam yang dinamakan malaikat dengan malam Raghaaib.”
20).Hadis yang menunjukkan sifat perkauman serta
mencela kaum yang lain seperti: “Rasulullah
melihat makanan, lantas baginda bersabda: Milik siapa ini? Al-Abbas berkata:
Milik orang-orang Habsyah, (makanan) milik mereka. Rasulullah bersabda: Jangan
kamu lakukan (berikan), Sesungguhnya mereka jika lapar akan mencuri dan jika
kenyang akan berzina”.
21).Hadis yang menerangkan dosa dan seksaan yang sangat
besar atas kesalahan yang kecil. Umpamanya: “Barangsiapa
memakan bawang putih pada malam Jumaat, maka hendaklah dia masuk Neraka selama
tujuh puluh tahun”.
22).Hadis tersebut jelas sangat melampau dan
keterlaluan dan tidak masuk akal sehinggakan kita dapat mengenal pasti bahawa
hadis tersebut palsu dengan hanya membacanya sahaja.
Artikal Berkaitan: Pengertian Hadis
Artikal Berkaitan: Pengertian Hadis
Bibliografi
1. http://indrayogi.multiply.com/reviews/item/170
2.
ms.wikipedia.org/wiki/Hadis
3.
en.wikipedia.org/wiki/Hadith
4.
en.wikipedia.org/wiki/Hadith_terminology
5.
mforum.cari.com.myAl Qur'an, Hadis & Sunnah
6. elkhalil.multiply.com/journal
7. http://drmaza.blogspot.com/2007/07/hadis-palsu-rejab-syaaban.html
8.
nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/
9.
http://opi.110mb.com/haditsweb/pendahuluan/pengertian_hadits.htm
10. http://mufdil.wordpress.com/2009/08/03/sejarah-dan-jenis-jenis-hadis/
11. Bantuan
Studi Lengkap SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5, Amir Abdul Hameed,
Sasbadi Sdn. Bhd. Cetakan 1999 - Al-Quran dan As-Sunnah
12.http://www.scribd.com/doc/53707807/Jenis-Jenis-Hadis-Dan-Cara-Membezakannya.
No comments:
Post a Comment